BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 22 Disember 2010

Harusnya kau tahu~

Tajuk entri di atas sebenarnya saya ambil tajuk lagu Harusnya Kau Tahu dari blog nasyeed undrground . Suka lagu ni. All da best ELHAMZ. Kenapa saya pilih tajuk ni untuk entri saya pada kali ini? hahaha...Actually, lepas subuh nanti inshaAllah kalau tak da aral, saya dan keluarga, ayh, umi, dan dua adik perempuan saya akan bertolak ke Ipoh,Perak. My sista duk kat sana wif her hubby and children. Adik pun dah habis exam last Monday for da last paper. Alhamdulillah, she did it! Confidently! Umi sepatutnya ada meeting wif school board on 23rd Dec, but they postponed to 27th Dec. Yeah!!!

Jam 11.30 malam tadi start masak untuk bekal esok pagi. Petang td ayah suruh wat nasi lemak, okeh SET! Pagi semalam keluar ke market, beli barang dapur dan ke rumah tok ayah di Bunut Payong, KB. Ziarah mereka before ke KL balik sambung pengajian. Wahhh, xsabar nak habis belajar rasanye~ hehehe. Okeh! sambung balik, malam td wat sambal ikan bilis,sambal udang dan juga sambal telur ayam. wuhuuu..!!!laparnye rase~

Lauk 1>Sambal Ikan Bilis

Yummy...hehehe

Saya wat sambal ni xguna lada kering yang dimesin tapi saya guna cili boh atau cili giling yang siap siaga.haha!.
Caranya yang simple mimple~
1.Panaskan minyak.
2.Masukkan cili giling. Kacau seketika.
3.Masukkan bwg merah+bwg putih yang telah dimesin. Kacau rata.
4.Biarkan seketika sehingga kelihatan garing sedikit.
5.Masukkan serai 2 batang yang telah ditumbuk sedikit.
6.Sedikit gula.
7.Masukkan ikan bilis. Kacau rata.
8.Masukkan sedikit air supaya ikan bilis mudah masak.
9.Apabila ikan bilis hampr masak, masukkan hirisan bawang besar.

Siap!

Lauk 2> Sambal Udang
Alahai udang...

Ayah beli udang sedikit kat market td, mintak wat sambal udang. Sedikit je udang ayah beli, saya tanya kenapa beli sikit je? :: "Sapa hok xleh makan udang tu xpayoh la make..."he said. waaaaa....xpalah.Pantang! Papepun, saya wat sambal td banyak, so saya asingkan untuk wat sambal udang dna sambal telur. Untuk sambal udang ni, saya bubuh sedikit sos tiram dan sos cili, garam dan sedikit gula serta air sikit. Masukkan jugak hirisan bawang besar. Siap!

Lauk 3> Sambal Telur
Telur perlu digoreng terlebih dahulu.
Telur sudah direbus dan dibuang kulitnya. Hiris sikit sekeliling telur dari bucu atas telur ke bucu bawah telur dan hirisan perlu jarak sbb takut nanti hancur. Perasakan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng.

Sedia wat sambal telur.
Abang sulung saya suka sgt makan sambal telur camni...huhuhu. Still guna sambal yang sama, perasakan dengan garam, gula dan bubuh hirisan bawang besar. Ringkas dan mudah! hehehe...

Pai Epal~
Saya dah sediakan lauk untuk bekalan esok. Adik saya buat pai epal. Petang td dah sediakan intinya,kemudian dia wat kulit pai. Yummy!!!
Besh!
Jom makan!

Kek Coklat Lembab~
Bahan-bahannya~Secret Recipe!~haha


Kek Coklat ni adik bongsu saya, Nini yang buat. Jam 12 malam td dia start buat. Dah masak tapi xsempat nak amek gambar. Anyway, dia buat besh! huhu...Chaiyok adik!!!

Kami bersusah-susah buat pai epal dan kek coklat ni sebenarnya xnak susahkan kakak kat sana yang dah mengandung. hahaha...Xpa, sampai sana nanti leh terus makan! 23rd Dec, Besday Nurul Iman yang ke 2 Tahun. heheh...Hepi Besday Laling~ Muahh~

Selasa, 21 Disember 2010

How do I add Reactions to my blog?

How do I add Reactions to my blog?

Masih Jelas~


Hari ni dah m,asuk hari ketiga atas mata kiri saya masih berkerdip dan mata kanan plak turut sama sakit. Mata kanan plak gatal2, macam ada benda je dalam mata...hukhukhuk...da pedih rasanya, terpaksa cuci tangan dlu then sapu slow2, takut luka. Cari sapu tangan bersih dan semangkuk air panas, rndam sekejap then perah, sapu kat mata. Cuma nak hilangkan dan redakan gatal kat mata tu...huhuhu...xtau nak wat camne lagi, malam ni plak guna air sejuk je, tapi okey je rasanya...huhuhu...moga cepat baek mataku...huhuhu...

Alahan ke?
Dua hari lepas makan nasi goreng cendawan adik buat,dalam tu ada udang kering, next day udang kering dalam sayur. Xkan pasal makan udang kering tu sampai arini gatal2 mata? waaaa... Rasanya da kena jangkitan kat mata neh...wuwuwu..ayah sruh bubuh ubat mata yang dalam tiub tu...alahai..xminat la plak...melekit, bila tidur, mata jadi melekat, adehh...no choice! terpaksa la bubuh jugak...huhuhuhuh...take care of your eyes!

Isnin, 20 Disember 2010

Masih~

Masuk hari ni, dah hari kedua bawah kening mata kiri saya bergerak2..takut jugak tengok...tunjuk kat umi, umi kata urat kat mata kot. Saya plak fikir, mata letih kot..mata letih? aikk..pelik nie, tidur sekarang lak xmenentu..huhuhu...moga diberi kesihatan yang baik daripadaNya...Fikiran da masuk kisah-kisah pelik, nauzubillahiminzalik~ =(

AnnurKhoirun: Mungkin itu rindu~

AnnurKhoirun: Mungkin itu rindu~

Ahad, 19 Disember 2010

Mungkin itu rindu~

Rindu...
Satu lagi perasaan yang ada dalam hati manusia. Indahnya perasaan yg dikurniakan kpd kita kan? Manusia yang berperasaan gembira, sedih, RINDU, marah, kecewa, geram dan banyak lagi boleh diekspresikan melalui wajah dan gerak laku kita. Indahnya hidup kita mempunyai semua perasaan itu kan? Just Imagine...if all of homosapiens in dis world hanya mempunyai dua perasaan? marah dan benci? macam dalam cerita Senario XX kan? Wahid yang melakonkan watak makhluk asing, hanya mempunyai dua perasaan. Perkenalan dia dengan Fazura yang memegang watak utama perempuan menyebabkan dia pun berubah dan mempunyai perasaan seperti manusia. Itu 'alien', manusia apatah lagi...Alhamdulillah wa shukurillah.

Perasaan rindu tatkala ini sudah semakin membarah! Saya mahu mencari KEKASIH HATI saya kembali, saya tak mahu terus-terusan hanyut dalam dunia yg penuh warna-warni da akhirnya saya sendiri kelemasan. Pegangi hatiku, ILAHI! Setiap masa saya berdoa, RABBANA, LA TUZIGH QULUBANA BA'DA IZHADAITANA WAHABLANA MINLADUBGKARAHMAH INNAKAANTALWAHHAB. Saya lemah, saya mahu cari kekuatan. Saya RINDU DIA~Tuhan Pencipta Diri...TOLONG HAMBA YA ALLAH!

Namun, dalam hati juga saya merindui keluargaku, kakak2ku dan abang2ku dan anak2 saudadraku, abdul hannan, nurul iman, aisyatul humayraa, ainur insyirah...rindu kamu sangat2. Ada pendapat mengatakan, apabila kita berada dalam tekanan, semua rasa itu menjauh setelah kita melihat raut wajah bayi yang tidak ada noda dosa. Subhanallah...ciptaan DIA. Itu hanya jika dipandang, belum lagi bayi itu dalam pelukan dan kita menyentuh pipinya yang mulus, rambutnya yang halus...Subhanallah. Semua ini telah saya rasai...pertama kali saya di'nobat'kan sebagai 'mak saudara' saya masih tidak percaya bahwa kakak saya sudah mempunyai anak sendiri setelah keguguran anak pertama seawal usia 2 bulan kalau tak silap saya. Alhamdulillah syukur...Abdul Hannan bin Abdul Ghani permata sulung hati mereka dan keluarga kami. Sungguh, saya gembira dengan kehadiran permata kecil di rumah yang bertahun-tahun tiada kedengaran tangisan anak kecil. Semuanya sudah meningkat dewasa. Adik bongsu saya yang paling kecil pun dah jadi 'anak kedua' di sekolah. Sekarang dia masih berbaki satu paper utk dis SPM. Kakak doakan yang terbaek buat adik. InshaAllah!

Kisah Abdul Hannan dan Nurul Iman~
Seindah maknanya, Hamba Allah yang Penyayang, Abdul Hannan, nama yang menjadi pilihan kakak sulung saya, Nurul Ayuni dan suaminya Abdul Ghani. Hannan sgt comel semasa dia masih bayi dan kini pun masih comel...almaklumlah...kanak2..heheh..Usianya sekarang dah 2tahun lebih, besday tahun kedua usianya disambut oleh ibu dan ayahnya di rumah mereka, di Perak bersama adik perempuan hannan, Nurul Iman. Bezantara Hannan dan Iman hanya setahun, rezeki daripada Allah. SubahanaAllah...Che'na gelaran buat diriku kpd mereka. Hannan sekarang dah pandai bercakap tapi masih pelat(telor-dialek kelantan). InshaAllAH tahun depan, hannan akan menjadi murid prasekolah. Alhamdulillah...Nurul Iman? lahir pada 23 Disember, rambutnya kerinting, alis matanya lentik(ikut ayahnye la), bibir mungil yg merah...huhu...comel!!! sesuai ngan rambutnye..haha. Iman ni sensitif sikit, lau marah dia sikit, mula lah, dia da xnak dengan kita..da biasa kena...lallalalal~ hahahah... 'Iman...che'na nak bebear boleh?'tanya sy. 'Takleh!'jwb Iman. hahah..comel...sume yg saya tanya, jawapannya...TAK BOLEH! TAK LEH! TAK MAU! ahahahah...xpa, yg penting iman totap di hati che'na.. =) Cahaya keimanan dan kepercayaan, che'na sayang iman dan hannan.. =)

Kisah Aisyatul Humayraa~
secantik namanya, anak sulung bagi abang sulungku, Abe Sa memang cantik dan comel. Putih melepak, bibir kecik dan merah, rambut halus,lurus dan hitam pekat, hidung kecil dan matanya yang bulat dan besar. Sungguh cantik...SubahanaAllah...moga cantiknya dia, tak terkena dek panahan mata orang, cengkaman buaya tembaga etc. Nauzubillah...moga terdidik baik. INshaAllah. Mayraa>panggilan buatnya...tak banyak kerenah semasa kecil, saya selalu jaga dia semasa Mayraa masih bayi. Rumah abang di Selayang, semasa sy cuti, melepaklah sy kat umah abang. hahaha..jadi babysitter. lalallala~ Indahnya...=) Mayraa xsuka tngok kartun...dia tgok kartun terpilih sja...hhahah..sukanye! Kalau dengar azan, terus dia angkat tangan letak kat telinga...Kalau dengar zikir di Astro Oasis, terus badannya digerakkan ke kiri dan ke kanan. Alhamdulillah...Moga dia dlam lindungan Allah SWT. InshaAllah. Sebelum raya haji, Mayraa dapat adik perempuan, dikurnia nama Ainur Insyirah... =) Comel! tapi baru sempoat jumpa sekali...sabarlah duhai hati...

Nak cerita pasal kanak-kanak ribena ni, memang tak habis, keletah mereka mencuit rasa di hati. Kangen banget deh sama mereka! huhu...Kalau saya dalam tekanan, saya akan tgok gambar2 mereka dan mulalah gelak sorang-sorang...hahha...lau mereka ada di depan mata, ingin je dipeluk 24 jam, tapi budak2 mana mau duk diam, kita pun ada keje, mau nak buat kerja rumah lagi, nak mandi dan pakaikan baju mereka, buat susu, suap nasi, main bersama mereka...time ni, che'na kena jadi macam mereka..aduyaiii..takpalah, che'na suka jugak..hahahha...

RINDU...
Entri kali ni pasal rindu sebenarnya...semalam, bwh kening kiri saya bergerak-gerak, dan terus saya teringat, orang dulu-dulu kata, kalau kening atau mata(xingt la)
bergerak-gerak, tandanya ada orang RINDU kat kita. Betul ke statement nie? tapi, Siapa ya? erm...

Rabu, 15 Disember 2010

Getaran Jiwa~



Bila kita berbicara tentang CINTA, xramai yg dapat memberikan definisi cinta secara mendalam. Mereka menganggap CINTA ini adalah semata-mata cintakan seseorang dengan sepenuh hati, sanggup melakukan apa sahaja dan mengorbankan apa sahaja untuk CINTA HATI, tapi lama-kelamaan CINTA itu pasti menjadi CINTA MATI. Kenapa saya mengatakan cinta yg lahir dalam hati dua jiwa yang bertaut antara satu sama lain menjadi cinta MATI? Kerana definisi CINTA bagi mereka adalah cinta semata-mata kerana cinta dari seorang manusia (lelaki/wanita) kepada seorang manusia (wanita/lelaki). Mereka tidak pernah meletakkan cinta mereka pada tempatnya yang sebetulnya. Terlalu mengagung-agungkan cinta sehingga perkara yang buruk semuanya nampak indah. Cinta itu sememangnya membutakan mata hati seseorang. Bagi seorang Islam, sebuah percintaan seharusnya berpaksi kepada cinta kepada Maha Pencipta kita. Segala apa yang berlaku kita akan merujuk CINTA kita! Yakni, CInta Yang Teragung! Oleh sebab itu, ramai antara mereka yang bercinta kecundang di tengah jalan kerana mereka tidak mengenal CINTA AGUNG terlebih dahulu sebelum mengenal cinta hati. Sesuai dengan hadith :
"Barangsiapa mengutamakan kecintaan Allah atas kecintaan manusia maka Allah akan melindunginya dari beban gangguan manusia. (HR. Adailami)" Mereka yang mahu cinta sejati, sentiasa mendoakan agar mendapat cinta yang cintakan Allah SWT, agar hubungan cinta mereka terpelihara sehingga ke hari akhirat. InshaAllah...
"Paling kuat tali hubungan keimanan ialah cinta karena Allah dan benci karena Allah. (HR. Athabrani)".

Cinta Itu Buta!
"Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli." (HR. Abu Dawud dan Ahmad)
Benar frasa yang dinyatakan di atas. Cinta Itu Buta Walaupun Cinta Itu DIKATAKAN Indah. Atas dasar apa seseorang itu bercinta? Mahu suka-suka? kerana cintakan kecantikan, kejelitaan, kelembutan, ke'handsome'an seseorang? Trend remaja sekarang yang bercinta sejak di bangku sekolah lagi? MashaAllah... Cinta itu tak akan ke mana jika tiada niat yang betul. Oleh sebab itu, ramai yang sudah hilang dara sejak sekolah kerana CINTA DURJANA! Sejurus itu, melahirkan anak-anak yang tidak berdosa, dibiarkan mati,dibunuh, dibuang di merata-rata tempat. Manusiakah perlakuan sebegini? Sedangkan haiwan amat menyayangi anak mereka. Subhanallah...nauzubillahiminzalik! Cinta menjadikan seseorang yang baik menjadi jahat dan juga seorang yang dulunya nakal/jahat menjadi baik. Pernyataan kedua saya, saya amat suka. Cinta ke arah kebaikan!

Cinta Sejati~
Saya juga mahu bercinta! Itu naluri yang disisipkan dalam setiap diri manusia. Perasaan! Ingin disayangi dan menyayangi. Apabila kita sampai pada satu tahap umur kita, kita akan terfikir siapa akan menjadi teman hidup kita selepas ini, bila kita akan berkahwin, macam mana perkahwinan aku selepas ni, macam mana aku nak bahagiakan semua ahli keluargaku dan ahli keluarga sebelah suamiku dan lain-lain lagi. Saya juga sentiasa terfikirkan perkara ini apabila dah capai umur 22 tahun ni. Tapi apa yang boleh saya buat? Hanya SABAR yang dapat menenangkan hati dan minda.
Pernah suatu ketika, ada abang angkat saya bertanya:
"Dah ada calon ke una? bila nak langsungnye?", dia bertanya.
"Owh...tak ada lagila abg A, malas dah nak mencari!," ujarku tegas ketika itu. "Kenapa pulak, kita kena usaha mencari, baru ada yang datang mintak nanti", ujarnya lagi.Saya hanya tergelak, fikiran sudah berputar memikirkan peristiwa lalu. "Sudahlah, aku dah penat dengan semua ni!" tegas hati kecilku.

Jangan Bilang Cinta~
Macam tajuk sinetron Indonesia pula kan? Benci Bilang Cinta! Tapi saya mahu tulis JANGAN bilang cinta! Erm...belum matang tapi sudah mahu bercinta. Salah atau tidak bercinta? Itu yang selalu difikirkan dan dipertimbangkan oleh remaja sekarang, bagi mereka yang mempunyai pegetahuan yang sedikit mendalam tentang hubungan cinta. Saya sarankan rujuklah buku garapan Ustaz Pahrol JUoi yakni TENTANG CINTA. Saya pun peroleh buku itu daripada seorang sahabat yang dengan baik hatinya mahu berkongsi ilmu yang ditakluknya bersama sahabat-sahabat laen. Moga usahamu dirahmati~ Syukranjazilan. Katanya,Moga bermanfaat dan Selamat Beramal~

Saya juga tidak terlepas daripada ingin merasai diri disayangi dan menyayangi. Rasa itu seringkali bertandang apabila usia dah masuk 22tahun nie. Jika dibandingkan dengan rakan-rakan saya yang lain, semuanya sudah mempunyai pacar atau teman lelaki atau tunang. Namun, saya tepis kemahuan itu kerana saya takut terjerumus dalam hubungan cinta tanpa redhaNya. Apa yang saya pinta bukanlah seorang 'gewe/pakwe' tetapi seorang lelaki yang boleh bersama saya sehingga saya ke akhir hayat dan kekal di sana, yang dapat membahagiakan saya serta keluarga kami dan keluarga baru yang akan wujud, bersama di kala susah dan senang dan sama-sama beribadah kepadaNya. Bukan banyak pun yang saya minta, dan saya tidak pernah meminta seorang jejaka yang sempurna, cukuplah sekadar dia mampu memabahagiakan kami di dunia dan akhirat.

Rasa pedih, perit, sakit, serik... semuanya sudah saya rasai. Namun begitu, alhamdulillah, saya masih mampu merawat hati saya. Berulang kali disakiti walaupun bukan oleh orang yang bergelar sebagai gewe/pakwe kepada saya. Saya tidak mahu ada 'title' itu pada diri saya. Itu namanya KECEWA dan apa ubat untuk merawatnya? Semuanya terpulang kepada kita. Saya sentiasa memohon kepada ALlah SWT agar diri masih diberi kekuatan dan semangat. Cuba ayat ini : InshaAllah...

Alhamdulillahirabbil'alamin...syukur.

Inilah Cinta~
Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta

Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta

Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia

Inilah cintaku
Inilah sayangku
Inilah cinta

Hati kini tertarik lagi kepada cinta. Aku mahu meraih CINTA HAKIKI aku dahulu. Tolonglah hamba ya Allah...Ada sahabat mengatakan kita sentiasa bercinta dan akan terus bercinta (rujuknya adalah ALLAH), tetapi adakah di hatinya tidak mempunyai rasa untuk bercinta dengan manusia, seorang lelaki yang bergelar sebagai suami? Jika berkata SABAR! ya.. BERSABARLAH, tapi dalam kesabaran perlu ada usaha. Dalam usaha, jika terhantuk jangan terngadah! Saya juga sudah berusaha untuk mendapat cinta diri saya, tapi ia juga tidak berhasil. Kini, saya serahkan segala-galanya kepadaMu Ilahi Robbi~

Oh! Bahagia yang dirasa apabila memiliki cinta di hati. Tetapi, sebelum mencintai orang lain, kita perlu mencintai diri kita sendiri, mencintai keluarga, sahabat2, guru-guru, para rasul dan nabi serta yang paling UTAMA, ALLAHhu Robbi~ Inilah cinta! Ya Ilahi, aku mohon kepadaMu agar doaku diperkenanMu...Ameen Ya Rabbal'Alamin.

Isnin, 13 Disember 2010

Sayyidul Istighfar~

Kira-kira jam 2 lebih pagi, aku masih berjaga dan mengemas dapur sambil melayari internet mencari bahan-bahan ilmiah. Pada ketika itu, ayah terjaga ke tandas, kemudian ayah kata ayah lapar sebab petang tadi aku goreng cucur jagung manis,tp buatan adikku...yum3..besh!!! semuanya makan berselera disisip pula dengan teh kaw buatanku..hehehe =) Hingga ke malam masih lagi terasa kenyang. Perut ayh minta diisi sekali lagi pada jam 2lbh pgi, begitu juga perutku...lalalala~

Selepas mengisi perut, dengar tazkirah dari Datuk Dr. Fatma Az-Zahraa di Astro Oasis. Perihal Doa Penghulu Istighfar dikemukakan beliau. Terus tangan ini menaip kekunci 'Penghulu Istighfar'.
Hasil carian :

Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan Taat ) kepadaMu sekuat mampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Amin.

Penjelasan:

Sabda Rasulullah s.a.w.: Barangsiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum petang maka ia termasuk ahli syurga. Dan siapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum pagi maka ia termasuk ahli syurga. (HR Bukhari)

Bacaan (RUMI)~
“ALLAHUMMA ANTA RABBI, LAA ILAAHA ILLA ANTA KHOLAQTANI WA ANA ‘ABDUKA, WA ANA ‘ALA ‘AHDIKA WAWA’DIKA MASTATHA’TU, A’UDZUBIKA MIN SYARRI MAA SHANA’TU , ABU U LAKA BINI’MATIKA ‘ALAYYA, WA ABU-U BIDZAN BII FAGHFIRLII FAI-NAHU LAA YAGHFIRUDZ DZUNUUBA ILLA ANTA”.

WAKTU DIBACA :

Selepas subuh dan selepas asar.

KELEBIHAN SESIAPA YANG MENGAMALKANYA :


مَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ ، قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ ، وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ )

Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. ( riwayat Imam al-Bukhari ).

Alangkah ruginya kita, jka amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya. Baca-bacalah dan Selamat Beramal~ =)

Sumber :
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4761.0
http://nurjeehan.wordpress.com/2007/03/01/sayyidul-penghulu-istighfar/

Target~



"Assalamualaikum una..Duk wat gapo tu? ghano exam td? boleh jawab dok? tanya umi bila sahaja aku menelefon mereka.
"Alhamdulillah umi, boleh jawab molek tadi...hehehe..." jawabku.
"Alhamdulillah...tinggal berapo paper lagi? study molek la untuk next paper..umi nge ayoh doakan dari sini. Jawab molek prekso tu, nati leh pointer tinggi, ptptn pun boleh jadi biasiswa." Ujar Umi lagi.
"InshaAllah umi, una ake usahakan...una target pun tinggi jugok untuk semester ni...mudah-mudahan dapat. Umi doakan ko una etek deh?" Sahutku.
"InshaAllah una...mudah-mudahan."

Pengharapan~
Begitulah perbualan aku dengan umi atau ayah di telefon setelah aku selesai menjalani setiap peperiksaan. Pengharapan mereka terlalu besar buat diriku sebagai anak. Ya! mereka sangat2 berharap dengan kejayaanku. Ya Allah! Mohon padaMu Ya Robbi, perkenankanlah segala doaku, permudahkanlah segala urusanku..Ameen~

Setiap kali aku mendengar ujaran umi tentang pelajaran aku dan dalam nada yang sayu, umi meminta aku belajar baik2, moga2 pinjaman yang dibuat menjadi biasiswa. Oh! Umi...ayah...una akan buat yang terbaik~

Target~
PNGK yang aku dapat hari tu dah cukup bagiku...tapi itu hanya bagiku, bukan bagi umi dan ayah! Aku mahu semangat umi dan ayah...untuk terus aku belajar dan mencapai target yang aku impikan. Mereka tidak pernah meletakkan sekatan, target dan tekanan kepadaku~ Adakah itu kerana mereka mempercayai aku dan meletakkan pengharapan dalam perjalananku sebagai pelajar seterusnya menggenggam segulung ijazah dan mungkin ijazah sarjana dan yg plg tinggi mungkin phd~ Ya Allah...berikanlah aku kekuatan itu! Pengharapan mereka...aku berharap dan mahu sangat2 berbakti kepada mereka...begitu banyak impian aku untuk mereka dan adik-beradikku belum terlaksana. Walaupun abang2 dan kakak2ku dah bekerjaya dan mmpunyai keluarga sendiri (kecuali Abe Chik)...Mereka tetap dalam senarai impianku~ Tak lupa aku untuk Mok Tok dan Tok Ayoh~ Sudah besar begini baru kurasa aku dan adik2 makin rapat dengan mereka~ Alhamdulillah...All praises to Allah~

UMmi dan AYah~
Una akan cuba yang terbaik. Una ingin tunaikan segala impian una terhadap umi dan ayah serta keluarga kita sebelum kita menjauh kerana Dia~
Una sayang dan cinta kamu sangat-sangat~ =)

Isnin, 6 Disember 2010

Alhamdulillah syukur~


Gambar ni saya edit nak letak dalam FB tapi punyalah susah nak masukkan sbb file besar.

Assalamualaikum wr.,
Dah lama saya xupdate blog, sekarang musim peperiksaan. Sibuk cikit dengan ulangkaji pelajaran. Lima subjek untuk semester ni yg perlu diteliti. Hari ni baru lepas satu paper seni, Seni Busana dan Rias Melayu. Hari Rabu dan Khamis paper bahasa, Terminologi dan Analisis Wacana. huhuuhuhu...Ya Ilahi, permudahkanlah segala urusanku, jauhkanlah diriku dari sakit dan segala bahaya...Ameen...Semester ni target PNGK nak 3.7 above...inshaAllah...USAHA SELAGI ADA MASA DAN DAYA!

Selasa, 19 Oktober 2010

LAMAR LELAKI LANGKAH TERPUJI

ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya de­ngan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.

IKAT PERTUNANGAN...tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.

Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.

Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.

Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.

Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.

Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.

Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.

Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?

Mungkin kaum wanita mengang­gap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.

Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.

Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.

Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasa­ngan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.

Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.

Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya...!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)

Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.

“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.

“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.

“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.

“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.

Ustaz Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.

“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.

“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.

Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.

Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.

“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.

“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.

“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.

Berdasarkan sejarah yang masy­hur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.

“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.

“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.

“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.

“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.

Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasa­ngan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.

“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat de­ngan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.

“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.

“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.

Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.

“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mung­kin Allah hendak selamat­kan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.

“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.
“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.

Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.

“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.



Wallahu'alam. Wassalam

sumber :

Selasa, 12 Oktober 2010

Adab Pergaulan Antara Lelaki dan Perempuan~


Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan.



Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan


• Ucapan yang makruf dan sopan Firman Allah:

“Dan ucaplah kata-kata yang makruf.” Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.”



• Menundukkan pandangan

Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.

• Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu, menurut Ibnu Syiahab az-Zuhri.

• Tidak berkhalwat (berdua-duaan)

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia muhramnya.”

• Menghindari tempat syubhat

Sabda Rasulullah SAW:

“Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu…” (Riwayat Bukhari)

Adab khas untuk wanita • Iltizam dengan pakaian Islam



Firman Allah:

“Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka.”

Dan firmanNya lagi: “Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliyyah bertabrruj.”

• Serius dalam ucapan

Tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam percakapan.

Firman Alla : “Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.”



• Menjaga pergerakan

Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah:

“Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.”





Buat Sahabat

"Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku.Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri.Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka atau duka.Jika aku dapat, aku akan setia padanya- IMAM SHAFIE



sumber : http://nonaro.wordpress.com/2008/05/29/adab-pergaulan-antara-lelaki-dan-perempuan/



Amalan-Amalan Dalam Islam


LARANGAN-LARANGAN TERHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN

YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN

~ Mandi setelah makan.
~ Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
~ Berada dalam keadaan terlalu lapar.
~ Berjaga malam selain dari qiamullail.
~ Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
o Bercakap banyak.
o Tidur banyak.
o Makan banyak.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
o Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
o Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
o Banyak memakan makanan yang serba masam.


MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA,

MAKANLAH, JANGAN DIBUANG ~ Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak racun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat, jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN

DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
o Melihat pekara-pekara yang haram.
o Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
o Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
o Tidak membaca Al-Quran.
o Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
o Mengumpat dan mengata.
o Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
o Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
o Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
o Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
o Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
o Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
o Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.


SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA

JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT:
o Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
o Selepas makan atau sebelumnya.
o Ketika sedang makan.
o Selepas memakan buah-buahan.
o Selepas keluar dari bilik mandi.
o Ketika terjaga dari tidur.



CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W
~ Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
~ Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
~ Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
~ Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas,supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.


WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
o Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
o Selepas masuk waktu Asar.
o Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.


BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
o Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
o Merosakkan warna kulit.
o Melemahkan jantung.
o Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
o Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
o Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
o Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
o Hindarkan dari tidur lewat malam.
o Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
o Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
o Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
o Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.



PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
o Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
o Banyak minum air di waktu pagi.
o Banyak memakan atau meminum yang serba masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
o Merokok yang berterusan.
o Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
o Kurang tidur.
o Sentiasa mandi di tengah malam.
o Melakukan kerja secara berterusan.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
o Melihat kepada benda-benda kotor.
o Melihat kepada palang/salib.
o Duduk dengan membelakangkan kiblat.
o Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
o Banyak menangis.

sumber:http://www.ashtech.com.my/DIL/start/artikel/Amalan-Amalan_Dalam_Islam.html

::nurishna-una::
8.20 p.m
Kuala Lumpur

Isnin, 11 Oktober 2010

Quotes For Today~

"Jika seorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal." (Al-Hadith)

Halwa~

Kisah Cinta~



dear abang,

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke
kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin
ayang luahkan disini...
kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..
sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3
bulan yang lalu dah masuk 3 malam...
abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang
letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari
harga kereta abang?

tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak
berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah


sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli
kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga
maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa
abang kata ayang tak sedar diri

kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada

kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak
macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek
depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..
jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama
sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..



ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

love,
ayang



Dear Ayang,

bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham
keta tu keta bos abang nnti kalau ilang siapa nak ganti..

ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta..
abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...

lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..
nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam
doremon..ish xnak laa abang..

pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah
dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm..

bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...

pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..
nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma
jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan
apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun

jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu....

ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang




Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan..dua tangan untuk memegang...
Dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat...
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?....
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya....


Itulah namanya Cinta...

Sumber :

::nurishna-una::
5.00 p.m
Kuala Lumpur

Berhenti Mengeluh~


Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.


Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”

SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin…

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)

Source: iluvislam.com

::nurishna-una::
4.40 p.m
Kuala Lumpur

Hati~


Allahuakbar...

Walaupun hal itu sudah berlaku, saya tidak mahu mengenangkannya lagi. Tetapi kenapa masih berlegar di ruang fikirku? Saya mahu memaafkan segalanya, saya redha dgn segala takdir dan ketentuanNya, tapi kenapa hati ini masih terasa kesakitannya...bagaimana harus saya redakan rasa ini? Tuhanku, mohonku...kuatkan hatiku, tabahkan diriku!~ Ameen Ya Robbi ~

Tentang Cinta~
Kadang-kadang hati ini merintih pedih apabila terkenangkan perkara yang berlaku, bukan mahu diri ini sentiasa mengingati semnuanya, tetapi hal itu kerap bertandang...adakah ia sebuah penyesalan? Tidak! Itu jawapanku. Salah siapa? Tidak ada salah sesiapa dan saya sendiri tidak mahu menjatuhkan hukum dan meluruskan jari telunjuk ke arah sesiapa...Sungguh saya tidak mahu meletakkan kesalahan itu pada ia, kerana ia milik Allah~ Saya mahu ia menjadi milikNya, saya tidak mahu ia dicemari dengan segala noda dan dosa lagi, sungguh saya tidak mahu! Saya mahu bersihkan ia dari anasir hitam yang menggila jika diserikan lagi dengan hiasan merah menyala! Allahuakbar! Lindungi diriku, lindungi ia kerana ia milikMu, pandulah ia ke jalanMu, ia-hatiku yang mahukan kebebasan dari dakwat hitam yang sntiasa mahu terpalit padanya jika ada ruang~

Sedang ingin bercinta~
Diri ini pernah kecewa dengan cinta manusia...tapi kekecewaan itu tidak setanding dengan kekecewaan diri jika diri ini tidak mendapat cinta Dia Yang Maha Agung! Subhanallah! Bukan mahuku lalai dalam hidup yang sementara ini, diri juga tidak mahu menyalahkan fitrah manusia yang sering mengatakan diri alpa dan mudah lalai. Bagaimana kita mahu pandu hati dan diri kita? Berbalik kepadaNya diri! Saya mahu menebus kekecewaan itu dengan cinta Dia! Saya mahu Ya Ilahi di hati saya~

Dia pernah berkata~Hati kita milik Allah, bukan milik kita!~
Iya, hati kita milik Dia, daripada Dia kita datang kepada Dia juga kita akan pulang~
Hati tidak tenang, hati penuh rasa resah, hati kecewa dan pelbagai lagi...itulah hati manusia yang tidak pernah bersyukur. Saya juga tidak terlepas berasa diri begitu. Tetapi bagaimana kalau kita cepat-cepat kembali kepadaNya? Rawat hati supaya kita tidak mudah berasa lemah dek kerana cinta manusia yang mengalpakan kita...Ilahi Robbi~ Saya juga pernah lalai...saya mahu bertaubat ~

Ya Ilahi...pegangilah hatiku~

::Nurishna-Una::
5.50 a.m
Kuala Lumpur~





Ahad, 10 Oktober 2010

Alhamdulillah~


Alhamdulillah...Ilahi yang amat memahami diriku, syukur kpdMU Rabbi...

Alhamdulillah 1~
Petang semalam, 8hb mesej-mesej umi, tanya kbar dan mendapatkan izin umi untuk beli tiket flight. Alhamdulillah..akhirnya, pada usia 22 tahun ni, final year at dis university, dapat jugak tunaikan impian untuk balik ke kampung halaman dengan flight... (^_^) jazakillahukhoiron katheero umi...

Alhamdulillah 2~
Petang tu juga semasa sedang mesej dengan umi, umi gthu umi kat kecemasan dengan ayah, hantar adik bongsu saya. Umi gthu adik sakit pinggang dan etc. Terkejut! Astaghfirullahalazim...Ya Allah, dugaan ini? untuk adik saya? Tapi, saya tidak boleh menahan takdir,dalam solat maghrib saya menangis...saya takut...kenapa dia? fikiran dah fikir yang bukan-bukan...Ya Allah, selamatkanlah dia...saya ketiduran kerana letih yang amat. Jam 9lebih ayah dan abang chik mesej, gthu adik xda apa2, adik ok...cuma kekurangan air...ALHAMDULILLAH YA ROBBI~

Alhamdulillah 3~
Jam 12.45malam, "aahhh...dah lewat...pkul 12 lebih dah"...xdapat jugak jadi orang pertama ucap SELAMAT HARI LAHIR yang ke-61 ayah...una sangat2 rindukan dan cintakan kamu...Alhamdulillah syukur! Ayah sihat dan masih berada bersama-sama denganku, keluargaku dan isterinya...heheh...Una akan sentiasa doakan kesejahteraan ayah, dikurniakan kesihatan yang baik serta doaku agar ayah sempat mengecapi hasil titik peluhku setelah bekerja nanti, Sekarang, una kena belajar elok2.. JGJA INSYAALLAH> inilah selalunya pesan ayah, JAGA DIRI DAN JAGA AGAMA...lov u so much abi~SELAMAT HARI LAHIR YG KE-61 (^^,)

Alhamdulillah 4~
Petang ni, 9hb...hati rasa xenak je...saya sendiri pun xtahu kenapa, tapi bila disingkap balik, di fikiran masih berbuku rasa risau kat adik...moga2 dia baik-baik saja...INSHAALLAH,~

Hal pertama pasal adik, hal kedua da masuk benda lain!
Saya risaukan perkara yang memang dah lama bersembunyi di balik diri ini. Sampai bila harus ku hidup dengan kerisauan ini? Sampai bila Tuhanku? Hamba merintih kpdMU ILAHI, hamba percaya akan ada jalan penyelesaiannya...tapi bila akan sampai masa itu? Aku mohon pertolonganMU ya Rabbi~

Selepas solat asar, saya ketiduran di atas tikar sejadah, hati masih tidak enak...Astaghfirullah! Kakak telefon, suruh siap2..."Jom kita keluar!"kata kak Nabilah. "Ok kak, kejap ye!". Alhamdulillah...rasa kurang sikit rasa di hati yang kurang enak tadi...sebab dapat berdiri di hadapan orang yang saya sayang...kakak, lov u so much...terima kasih atas segalanya~ Ukhuwah fillah abadan abada~

AllahuRabbi~

Salam ukhuwah fillah,

Mei, Jun, Julai, Ogos, September dan sekarang Oktober!!!
Dah berapa bulan saya tidak menulis dalam blog ni, td terbaca blog kawan tetiba je teringat kat blog sendiri, adeeiii, sy pun ada rupanya. tapi, kenapa tidak saya gunakan medium ni untuk berkongsi rasa suka,duka dan sebagainya.Em...xpalah, kalau saya sempat saya 'update'kan blog ni. InshaAllah, saya cuba kongsi perkara-perkara yang bermanfaat...

Sekarang ni musim 'presentation' dan hantar assignments...banyaknya esaimen kena buat, mana nak buat revision untuk next exam lagi. Rasa gak tekanan tu, tapi bila kita da berada dalam tekanan, segala kerja akan berjalan..betul tak? Tapi bukan semua dapat membuat kerja dalam tekanan...nanti hasil yg dapat akhirnya tak bagus.

Saya pernah terdengar sesorang berkata "Tekanan itu penting!" tp da lupa dgr kat mana.Ape penting sangat tekanan tu? Kalau boleh semua orang nak menghindari tekanan dan jalani hidup dengan aman dan damai. Tapi apalah sangat daya kita jika kita lihat kebesaran Rabb, Dia Maha Mengatur segalanya! Setiap manusia akan mengalami tekanan mereka sendiri tapi bagaimana mereka mengaturnya? Supaya tekanan yg dihadapai tidak lagi berupa tekanan...tp mungkin makanan rohani untuk kita! Bagi kita umat Islam, pastinya kita akan kembali kepada Dia apabila berada dalam tekanan. Pernah tak dengar "Kalau dah terkena atau ditimpa musibah baru nak cari Dia". Bagaimana kalau kata-kata itu ditujukan kepada mereka yang baru nak mengenal Rabb? Allah sentiasa membuka pintu kemaafan kepada umatNya. Tekanan yang dihadapi perlu diurus! Ramai yang tidak dapat mengawal tekanan yang dihadapi hingga memudaratkan diri sendiri.

Cara menghadapi tekanan :

1) Mendapatkan Sokongan Sosial
Siapakah yang akan kita hubungi dan luahkan perasaan apabila menerima sesuatu berita yang menyedihkan? contoh: kematian keluarga dan kehilangan kerja. Selalunya kita akan bercerita dengan individu yang kita percayai seperti suami/isteri, sahabat dan guru. Apabila bercerita, kita akan berasa kurang menanggung beban perasaan dan adakalanya kita memperolehi idea penyelesaian masalah yang tidak terlintas dalam fikiran kita sebelum ini.

Tetapi, adakalanya kita sering menyalahgunakan sokongan sosial ini. Kita berharap orang lain akan menyelesaikan masalah kita. Kadangkala kita cenderung menggunakan masalah dan perasaan yang sedang kita alami untuk menarik perhatian orang lain. Kita bermasam muka, memaki, menangis tidak kira tempat dan masa. Perlakuan kita ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah sebaliknya semakin membebankan masalah sedia ada kerana orang lain takut untuk menampilkan diri. Sebaliknya jika kita bersikap lebih terbuka dan berusaha mencari jalan penyelesaian, maka orang lain akan senang hati membantu kita.

2) Sentuhan.
Sentuhan sangat penting dalam memelihara kesihatan emosi. Sentuhan membolehkan kita memaksimakan potensi tubuh sepenuhnya. Sentuhan juga mendatangkan ketenangan untuk otak kita. Pelukan merupakan sentuhan fizikal yang terbaik bagi memperolehi kesihatan dan keselesaan emosi. Kajian psikologi mendapati kita memerlukan sekurang-kurangnya 6 pelukan/sentuhan sehari untuk mengekalkan emosi yang sihat. Justeru, jangan lupa untuk memeluk suami/isteri dan anak anda setiap hari untuk mengekalkan kesihatan emosi anda!

3) Jenaka, Ketawa Dan Sentiasa Senyum
Kita perlu mengekalkan sikap fleksibel pada sesetengah keadaan bagi membantu kita menerima sebarang perubahan dan memastikan emosi kita lebih bersedia. Cara terbaik bagi menghilangkan kekakuan mental adalah dengan cara senyum, jenaka dan ketawa. Kebolehan berhumor menjadikan kita sentiasa ceria dan membebaskan diri daripada emosi yang negatif. Ketawa juga mempunyai banyak kelebihan dari segi psikologi. Ketawa boleh diterima pakai sebagai satu cara senaman ringan yang paling mudah!. Apabila kita ketawa, tengkuk, bahu dan otot-otot berkaitan akan turut bersenam. Lebih daripada itu, semasa ketawa, tubuh kita akan menyingkirkan dioksida yang tidak baik dan menghasilkan sel-sel yang boleh melawan penyakit. (Norman Cousins, Anatomy Of An Ilness) Walau bagaimanapun, ketawa biarlah berpada dan tidak berlebihan kerana ketawa yang berlebihan boleh mematikan jiwa.

Kita sering mendengar bahawa senyum itu seindah suria. Ia memang benar!!!. Apabila kita tersenyum, secara spontan kita akan rasa gembira. Eksperimen ke atas sekumpulan individu yang tertekan mendapati mereka boleh beransur menjadi gembira apabila diminta senyum walaupun tanpa sebarang perasaan dengan menegangkan otot di sekitar mulut dan mengarahkan hujung mulut ke atas. Hasilnya mereka boleh menjadi gembira walaupun sedikit!!. Jadi sentiasalah tersenyum terutamanya apabila kita tiba-tiba berasa muram tanpa sebab. Pasti anda boleh berasa gembira semula.

4) Memandang Warna Yang Menenangkan
Kajian membuktikan bahawa warna memberi kesan kepada perasaan kita. Warna merah terang, oren dan kuning memberikan kita tenaga. Kombinasi warna merah dan kuning menyebabkan darah kita berkitar dan menaikkan suhu badan. Biru dan hijau memberi kesan menyejukkan dan menenangkan. Anda pasti boleh mengenalpasti warna dengan cara anda sendiri untuk mengubah perasaan yang anda mahukan.

5) Hindari bunyi bising
Bunyi boleh memberi kesan kepada perasaan kita. Kita dilahirkan dengan perasaan yang tidak selesa kepada bunyi bising. Kebisingan juga boleh memberi tekanan dalam diri. Ia juga boleh menaikkan tekanan darah, mempercepatkan degupan jantung dan memberi kesan psikologi yang lain. Walau bagaimanapun bukan semua bunyi memberi kesan buruk. Muzik contohnya boleh memberi kesan yang baik kepada perasaan dan kesihatan diri kita.

Menurut kajian dari. Avram Goldstein, muzik boleh menyebabkan otak mengeluarkan sejenis bahan penenang yang dinamakan endorfin. Muzik juga boleh menimbulkan pelbagai variasi perasaan. Justeru, jika anda rasa tertekan, dengarlah lagu-lagu kegemaran anda. Semoga ia dapat membantu

6) Membaca Al-Quran, zikir dan selawat.
Bagi yang beragama Islam, bacalah ayat-ayat suci Al-Quran. Sesungguhnya ayat Al-Quran adalah penenang jiwa yang paling mujarab. Untuk mengelakkan tekanan perasaan selalulah berzikir dan berselawat agar hati sentiasa tenang dan tidak gusar. Kita perlu yakin bahawa walau bagaimana hebat tekanan yang kita alami, pertolongan Allah SWT tetap ada kerana selepas kesempitan pasti ada kelegaan dan selepas kepayahan pasti ada kesenangan.

7) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

8) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

9) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

10) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

11) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang tahu tekanan yang dihadapi di tempat kerja. Dalam kita bersujud kepadaNya juga kita akan merintih mungkin tidak mampu lagi menahan tekanan yg dihadapi.Mudah-mudahan diterima segala doa~

Akhir sekali sebagai renungan, "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) : bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Al-Insyiraah:5-6)

Sumber: http://www.ukhwah.com/print.php?sid=2104 dan etc

InshaAllah...Dia Maha Mengetahui segalanya kerana Dia Pencipta kita, daripada Dia kita datang, kepada dia kita pulang...Kembali kepadaNya...InshaAllah~

Khamis, 6 Mei 2010

Keadilan untuk Arwah Adik Aminulrasyid~Al-Fatihah for him~



Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali.

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun. Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asar telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan.

Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’.

Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka.

Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ.

Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan.

Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.


Keadaan kereta dipandu Arwah yg terbabas setelah kepalanya terkena tembakan Polis..

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas.

Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.

Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.
2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.
3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.

Wallahu 'Alam
KHALID SAMAD

Ahli Parlimen Shah Alam.


* (Keterangan di atas ditulis sendiri oleh Ahli Parlimen Shah Alam)
Saya rasa bertanggungjawab utk mendedahkannya. Semoga kebenaran akan terus menjelma dan keadilan dapat dituntut.. Wallahu'alam..
AL-FATIHAH.....

Gambar Arwah sewaktu menjadi kapten rumah sukan ketika di Darjah 6! Beliau seorang yg sgt aktif bersukan & pernah mewakili pasukan bola sepak sehingga ke Peringkat Daerah..


Pengalaman seorang Hamba Allah yg memandikan jenazah Arwah...

Petikan dari : http://masyhinorddin.blogspot.com/

Words for Today~

Jangan kata dalih tapi kata boleh!


sumber : Sinar fm

Rabu, 5 Mei 2010

Hanyut Dalam Hujan...

Gosip hangat!!! hangit!!! rentung!!! hahha..gosipla sangat..iya, memang rentung..rentung otak duk berputar tanpa henti sehingga enjin menjadi panas dan berasap seterusnya mencetuskan percikan api dan membakar hingga rentung...hangit jari jemari apabila bergerak secara berterusan tanpa had laju yang telah ditetapkan...ada ke had laju dalam mengarang dalam masa-masa terdesak macam ni? hahahah...

Tajuk entri di atas memang ada kaitan dengan apa yang berlaku pada hari ni...Saya hanyut dalam hujan yang diturunkan olehNya! Allahuakbar! Bukan hanyut apa ye..jangan salah tafsir pulak...membaca sampai kul 6 pagi, kemudian tidur dan bangun pula jam 9 pagi..mana tak hanyutnya cik adik sayang??? (hanyut:fikiran terganggu dan tak dapat fokus sesuatu hal). Ya Allah...nasib baik tadi, cuba tahan mata dan diri..bersabarlah wahai diri..balik ni kita sambung rehat ea..? Ok! baik bos!

Ding Dong!
Anda diminta masuk ke dalam dewan peperiksaan sekarang juga...

Aras 1 Bangunan Peperiksaan,
Saya dan kawan baik saya (Nor-jangan marah ea yunk!), dia ambil paper ni sebagai subjek minornya. terima kasih tumpangkan una tadi ye? ganas Nor bwk motor..kihkihkih..erm, kami pun masuklah ke dalam dewan, fuh...berdebar seyh...carila tempat duduk, JBEA2306! yep..tu dia, prof pun ada kat situ, sengih kat prof dulu! senyum~ hahaha.. tempat sudah diduduki, Nor di sebelah, ape lagi...buka teruslah papernya...kahkahkah...fuh, alhamdulillah, soalan 1, konfem boleh jawab, tapi 2 soalan ag yang perlu dijawab? eerrrmmm..kenala baca dan fikir dulu yang mana hendak dijawab.

Soalan 1,2,3 menjadi pilihan hati!
Fikir dulu nak mula ayat neyh! Ok, 1,2,3 mula! Bermulala coretan atau contengan yang ilmiah insyaAllah...masukkan semua yang berkaitan soalan tu! yeah! Soalan 1..kemudian soalan 2...seterusnya soalan 3@4@5? saya pilih soalan 3! huhu..senang sikit. Alamak! tahanla, sabarlah wahai diri...hanyut sudah nie...gula-gula! ada je kat dalam kotak pensel di bawah meja, aahhh...tak ada masa nak menikmati ke'manis'an gula-gula tu. Teruskan perjuangan merentngkan diri!

Alhamdulillah, kertas tambahan sudah diminta, sudah dinukil apa yang ditanya dan sudah diikat. Semua pelajar diminta berhenti menulis! Perggghh...alhamdulillah..sempat jawab sume, 30 minit nak tamat masa baru jawab soalan nombor 3? hahaha, dah biasa...last check! nama, nombor matrik, nombor soalan..okayh! sip!
prof: hah? dah? meh, meh, kertas tu!
saya: jap2, xikat ag...
prof: lah..xikat lg?
saya: kejapla prof..okayh..ni..

Akhirnya, habis sesi menjawab sambil hanyut dalam deruan angin, kilat sabung-menyabung di luar sana, langit pun gelap..mesti lebat hujan kat luar ni! Katil! aahhh..tak sabar nak jumpa kamu sayang...hehe...Keluar dari dewan, masih hujan tapi dah tak lebat, aahh..helmet basah! "erm..sabor jela, pakai je Nor!". Atas motor pun boleh hanyut lagi! Hanyut dalam hujan! hahaha...sampai sudah di kolej.. Alhamdulillah...

Allahurabbi..
Bismillahitawakkaltu'alallah...(utk exam td).. =)

Selasa, 4 Mei 2010

Respon entri

Respon saya bagi kisah Naim Si Budak Agama akan dimasukkan selepas ini...

Naim Si Budak Agama


Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan.Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya(Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi.Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia akan ke hadapan.Samada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat.Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna,jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior mahupun senior,baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior yang tengah membuli junior,jika Naim ada di tempat kejadian,proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya.

Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya.Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan yang paling sempurna.Dek kerana mengetahui banyak mata memerhatikannya,dia betul-betul menjaga akhlaknya.Bukan kerana manusia tetapi kerana Allah.Niatnya hanya satu,supaya Islam itu terpancar dari dirinya.Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan teman sekolahnya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau.

Sudah pasti,ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak mengetahui hal itu.Di hadapannya semua baik,tunduk dengan penuh tawadukknya tapi berlalunya Naim dari tempat itu,mula lah mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang Naim.Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati Naim tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya cuma tidak disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti,takut cinta mereka ditolak.Tambahan pula Naim banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya menjauhi zina hati,zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa tatkala dia memberi tazkirah.

Namun,hatta nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji Allah,inikan pula seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa arabnya masih merangkak-rangkak.Dia diuji dengan kehadiran seorang pelajar perempuan yang baru pindah ke sekolahnya.Namanya Nisa, Khairun Nisa.Orangnya putih,bertahi lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Naim di sebelah kiri.

“Ana Khairun Nisa,sila beri tunjuk ajar.”Nisa memperkenalkan dirinya.

Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya,Naim melihat Nisa dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.

“Cantiknya,”hati Naim bermonolog.

Tidak sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya.Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar,memohon ampun daripada Tuhan dek kerana melakukan zina,zina hati.Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih tebal.Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.

Saat berganti saat,hari berganti hari,Nisa pun terpilih untuk menjadi salah seorang AJK surau sekolah dek kerana dia asyik ke surau berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain.Subuhnya di surau,Dhuhanya di surau,Zohornya di surau,Asar,Magrib dan Isyaknya di surau.Seringkali Naim terdengar suara wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru yang memisahkan lelaki dan perempuan,ingin dia mengintai siapakah gerangan hamba Allah itu tapi iman masih tebal menyelaput hati nafsunya.Ditakdirkan Allah,suatu hari dia ternampak Nisa masuk ke surau perempuan,maka tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar selama ini ialah suara Nisa.

Sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat Dhuha,dia terdengar satu suara perempuan meminta tolong dari balik tabir.Suara perempuan itu sayup-sayup.

“Ish..Nak tolong ke tak..Kalo aku masok belah pompuan,bukanke khalwat..ye la,mane ade orang…aku dan die je..takley,aku mesti bagitau ustaz hal ni,biar ustaz tolong..”Imannya bersuara.

Tapi 1 tetap kalah kepada 2.Imannya kalah dengan nafsu dan syaitan yang menggodanya.

“Kalo aku tak tolong,maybe…em…aku intai dulu la,kalo serius aku tolong segera kalo tak,aku lapor kat ustaz,”akal mula campur tangan.

Tabir biru itupun diselaknya dan dia mendapati jari Nisa terkepit di almari Quran.Walaupun sakit Nisa tetap menahannya,bimbang maruahnya jatuh di hadapan seorang ketua badan Agama sekolahnya.Dan ketika itulah makhluk durjana yang bernama syaitan mula mengambil peranan.Disuntiknya bius-bius dosa ke dalam hati Naim supaya Naim tidak terasa melakukan dosa.

“Em..Aku kene lapor kat ustat ke?Patot ke aku tolong?Bley ke aku pegang tangan die?Dose..”Imannya bersuara.

“Ah,darurat,darurat.Even babi pun boleh makan kalo darurat.”Akal yang dibalut dengan nafsunya membuat pertimbangan.

“Betul juga,ok,aku tolong.”Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh Syaitan.

“Er,Nisa tahan ek,kejap saya tarik pintu almari ni.”Dia memberi arahan kepada Nisa.

“…ok…”Suara Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara,entah dengar,entah tidak.

Pintu almari berjaya dibuka,jari Nisa terlepas dari kepitan almari.Merah bak biji saga jarinya,hampir-hampir saja berdarah tapi kulitnya masih kuat menahan segala isi cecair daripada keluar.Tiba-tiba,Naim tanpa berfikir panjang memegang jari Nisa.Niatnya hanya satu,ingin melihat keadaan jari Nisa.Tapi dengan pantas Nisa menariknya dan berlari turun daripada surau dan menuju ke kelas.

“Ya Allah,apa aku telah buat ni…Aku bukan sengaja melakukannya Ya Allah..Ampunilah aku..”Dia berdoa,menangis menyesal dosa yang baru sahaja dibuatnya sebentar tadi.

Habis sahaja air matanya kering,hatinya diketuk dengan pelbagai soalan.Bukan soalan agama tetapi soal maruah dan Siqahnya.Bagaimana jika Nisa menceritakan hal tadi kepada kawan-kawannya?Bagaimana kalau cerita itu bocor kepada junior-juniornya?Kalau ustaz dapat tahu,pasti dia akan dilucutkan dari segala jawatan yang disandangnya sekarang.Dia akan dicemuh dan dihina.Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu ketiadaan ustaz.Dia bimbang bercampur keliru.

Lamunannya tersentak apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke surau.Peluh-peluh resah dan gelisah mengalir di pipi kanannya,dia masih di dalam bahagian surau wanita.Apa yang harus dijawab jika ditanya. Ya,menipu.Menipu adalah jalan penyelesaian yang terbaik buatnya sekarang.Lagipun dia cam suara itu,itu suara Khairul,teman sebiliknya.Baginya tidaklah berdosa menipu teman sebilik yang akrab dengannya.

“Eh,Im.Ape ko wat lam surau pompuan tu?”Soal Khairul,kelihatan di mukanya perasaan ingin tahu.

“Eh,takde ape-ape la.Aku just check samada quran cukup tak belah pompuan.”Jawab Naim.
“Owh,baguslah wat kerja baik atas rumah Allah ni.Insya Allah ko dapat pahala,taknak share ngan aku?”gurau Khairul.

Gurauan yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi ada perkataan-perkataan yang menghantui fikiran Naim iaitu ‘RUMAH ALLAH’. Ya,di atas rumah Allah inilah Naim melakukan maksiat. Di atas rumah Allah inilah Naim menipu. Semuanya di atas rumah ini,rumah kepunyaan Tuan segala tuan.

Tiba-tiba dia menangis tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil menangis.Hanya air mata sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit cengkung.Khairul terkejut melihat Naim menangis dan bertanya sebab Naim menangis tetapi Naim hanya berdiam.Khairul membuat andaian sendiri,pada pendapatnya mungkin Naim menangis kerana bertaubat.Lantas perasaan cemburu mula menguasai dirinya.Inilah dia tanda orang beriman,pantang melihat orang lebih dekat dengan Kecintaan nya,pasti dia cemburu.

“Eh Im,kelas da nak start.Jom!”Ajak Khairul. “Ok,”balas Naim.

Pelajarannya selepas waktu rehat tadi tiada makna.Sepatah kata yang keluar dari mulut cikgu-cikgunya tidak satupun diingati atau diberi perhatian.Matanya tajam memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas tetapi fikiran jauh ke laut mencari ketenangan.Jasadnya wujud tapi ruh akalnya tiada.Bukan sibuk memikirkan penyelesaian tetapi sibuk mencari masalah-masalah yang akan timbul jika cerita tadi diketahui umum. Rupa-rupanya,bukan Naim sahaja yang berjasad tanpa akal,begitu juga dengan Nisa.Cuma ada kelainannya. Nisa sama sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika cerita itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi kepalanya sibuk memikirkan tentang Naim.Kedudukannya di dalam kelas menyebabkan matanya tidak berkelip memandang Naim dari belakang.Baginya,alangkah bertuah sesiapa yang dapat menawan hati Naim. Kesopanan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Naim sebentar tadi,betul-betul memikat hati suci si gadis ini.Begitulah nasib si Abid tanpa Ilmu.Pantang ditiup angin,pasti dia rebah.

Tangan mula mengambil peranan,diambilnya pen merah jambu kesukaannya dan diambil sehelai kertas memo yang berada di dalam laci mejanya.Sepucuk surat ditulis sebagai tanda terima kasih buat si jejaka budiman. Surat sahaja tidak cukup,dibelinya sekotak air laici yang berharga 80sen dengan duit seringgit.Bakinya dibeli sebatang choki-choki,juga sebagai hadiah.

Seperti kebiasaannya,Naim datang ke kelas seawal mungkin.Selesai sahaja solat Zohor berjemaah dan makan di dewan makan,tanpa menyalin pakaian,dia terus ke kelas.Baginya masa itu emas dan tidak boleh dibazirkan walaupun sesaat.Masih banyak pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang belum dikuasainya.Tabiatnya ini menjadi ikutan sesetangah pelajar yang lain.Pabila dia melangkah kaki ke dalam kelas,alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan sebatang choki-choki.

Isi suratnya:
Salam..
Terima kasih kerana tolong ana..
Kalau anta takde tadi,tatau la macamana ana nak buat..
Jangan bimbang,ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain..
Ukhwah Fillah,
Nisa’


Sambil menghirup air laici dalam kotak itu,dia tersenyum.Dengan mengoyak plastik depan choki-choki,dia membetulkan kerusinya,mempersiapkan dirinya untuk menulis surat balas kepada Nisa.Sebaik sahaja pen nya ingin menyentuh dada kertas putih berbelang biru itu,dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen berwarna-warni supaya Nisa tidak jemu membacanya.Mata hitamnya terpandang bekas pensil kawan di hadapannya.Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa izin tapi kali ini tidak lagi.Entah kawannya bagi atau tidak,dia terus menggunanya atas alasan yang sangat biasa, “standardla,kawan..”Maka bermulalah kisah cinta Naim,Si Budak Agama.

Balas dia:
Salam,
Terima kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi,
Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan,
Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan?
Moga Allah meredhaai kita,
Dan,salam perkenalan.Ana Naim.
Naim


Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang membulat.Maka,Naim dan Nisa mula berbalasan surat.Walaupun pada awalnya,kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya, “Kita berbalas surat ni,tak salah ke di sisi Islam?”

Pening juga Naim dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa dengan jawapan, “Takpe,kita dating tak pernah.Bertentangan mata jarang sekali. Kita Ukhwah Fillah.Kita berhubungan inipun semata-mata kerana Allah.Kita niat untuk berkahwin,bukan untuk buat maksiat.” Nisa membalas, “bagaimana pula dengan zina hati?” Lalu Naim membalas, “mana ada zina hati.Zina hati tu ulamak yang buat dengan tujuan umat Islam tidak mendekati zina.Rasulullah tak kata pun.Lagipun cinta ini fitrah,masakan Allah zalim mengharamkan apa-apa fitrah manusia?” Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini.

Walaupun Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Naim,namun dek kerana cintanya dia kepada Naim,di’iya’kan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu. Naim dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa dan cara penulisan yang agak sedikit berbeda,lalu dia membalas, “Nisa’,bukankah Allah berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?Ana yakin anti baik dan ana pun yakin yang anti rasa ana baik.Tidak sekali Allah kata isteri yang baik untuk suami yang baik tetapi Allah kata perempuan dan lelaki bermakna belum berkahwin pun takpa.Anti meragui Quran?” Terdiam Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu.Ingin dia membantah tetapi bimbang dianggap meragui Quran. Mindsetnya yang mengatakan buah hatinya mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan dia semakin yakin dengan ‘fatwa-fatwa’ itu.

Siqah bukanlah kerja manusia.Pengaruh bukanlah kawalan manusia.Hati manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetian tidak boleh diperdangkan dengan kemewahan.Semuanya hak mutlak Allah,Tuhan yang membolak balikkan hati manusia.Jika Dia menghendaki seseorang itu mulia,maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu.Jika Dia menghendaki seseorang itu hina,maka hinalah orang itu di atas tahtanya sendiri.Semuanya bukan dengan tiba-tiba tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama Sunnatullah.

Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang bila dia mendekatkan diri dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang terhadapnya menjadi lebih solid pabila dia menyempurnakan apa yang dilafaznya.Inilah hukum yang ditetapkan Ilahi. Makin hari,pengaruh Naim semakin jatuh.Kawan-kawan dan junior-juniornya semakin bosan dengannya.Sebab?Tiada. Jelas sekali soal hati,Dia yang punya.Hidup Naim juga menjadi tidak tentu hala.Dulu dia berbaju ketika mandi di kolah,kini tidak lagi.Pertimbangan akal menjadi semakin kurang,mungkin terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya.Siqahnya kian jatuh.Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu kerana prestasinya yang kian merosot.

Dia merasakan tekanan semakin bertambah.Tiada lagi sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu.Tiada lagi senyuman tatkala kesusahan.Tiada lagi nasihat-nasihat penenang yang mampu diberi pabila adik-adik datang meminta nasihat. Jika dulu dia mampu mengambil tugasan luar walaupun ketika peperiksaan bulanan dijalankan,kini tidak lagi.Bukan peperiksaan pun dia tidak dapat mengatur masa dengan baik.24 jam baginya tidak cukup.Masa untuk dia belajar,masa untuk dia berpersatuan dan masa untuk Nisa.Pernah dia berdoa meminta diberi 1 jam lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika dia diberi 100 jam lebih pun,pasti tidak mencukupi.

Khairul merasa hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya itu.Kadang-kadang tersenyum seorang diri,kadang-kadang masam dan kadang-kadang seperti bercakap seorang diri.Naim seakan-akan gila.Betul Naim gila,gila bayang.Panahan syaitan benar-benar telah menusuk ke dalam hatinya,membuat satu lohong iman di dalam hatinya.

Khairul cuba bertanya mengapa dia seakan-akan berubah tapi dimarahnya Khairul, “kubur lain-lain,syurga lain-lain,neraka pun lain-lain!”

“Betul,sebab lain-lain la aku nak tanya ko.Mane la taw ko ade masalah,bimbang takut di sana pun ko ade masalah.”Ujar Khairul.

“Ko taw kan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?”Soal Naim. “jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka..jadi?”Jawab Khairul.
“Jadi?!Aku ahli keluarga kau ke?!”Marah Naim lagi.

Khairul terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan Naim.Perasaan kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya sebentar tadi.Namun,atas dasar silatur rahmi kerana Allah,dia nekad untuk mengetahui punca Naim berubah. Baginya pokok tidak akan bergoyang jika beruk tiada di dalamnya.Walaubagaimanapun,Khairul tidaklah selicik Naim, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya selari dengan Islam atau berserenjang dengan Islam.Lalu disampaikan isi hatinya kepada Ustaz Faidi, Mentornya.

“Er Ustaz,saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Khairul.
“Ma?”Soal Ustaz balik.
“Ustaz,saya bimbang dengan Naim,teman sebilik saya.Perangainya seperti sudah berubah.Dia macam bukan dia..Er, tataw nak terang macamana..”Terang Khairul.
“Na’am,ana pun perasan perubahan pada Naim.Dia dah bukan macam dia yang dulu.Banyak perubahannya.”Tambah Ustaz.
“Saya rasa,ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa,ada baiknya saya menyiasat..Bolehkah ustaz?”Soal Khairul.
“Dalam Islam,mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai Al-Tajassus.Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus pabila diperlukan.Dan dalam keadaan ni,hukumnya harus.”Terang ustaz.

Penyiasatan bermula dan penyiasatan Khairul bertemu dengan jalan buntu.Tiada sebarang benda buruk yang dilakukan Naim.Namun,pabila Allah menghendaki yang gelap menjadi terang,dihilangkan bintang dan diganti dengan matahari. Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke tanah.Akhirnya surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Khairul ketika dia sedang membersihkan surau.Rupa-rupanya,surat-surat yang dihantar oleh Nisa’,selama ini disimpan di balik almari al-quran di hadapan tempat imam solat.Terkesima Khairul dibuatnya apatah lagi ketika membaca perkataan-perkataan yang telah berlaku evolusi,daripada ‘ana’, ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’.Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I luv U’.

Khairul tidak salah lagi,surat itu kepunyaan Naim.Tertera nama Naim di atas belah kiri surat, ‘Buat Naim ku sayang’. Dalam tidak sedar,Khairul menangis.Dia betul-betul sedih membaca surat-surat itu,bukan kerana Nisa yang dalam pemerhatiannya juga dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Naim.Terngia-ngia di telinganya bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Naim ketika menjadi Imam Magrib.Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang secara ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan, Khairul terus menangis.

Dari luar surau,kelihatan Naim yang baru sahaja sampai di surau.Tanpa berfikir tentang benda lain,Naim terus memandang ke arah tempat penyimpanan ‘harta karung’nya itu.Terperanjat dia apabila mendapati Khairul sedang memegang ‘harta-harta karung’nya itu dan tanpa berfikir panjang,dia berlari ke arah Khairul.Sekali lagi dia melanggar prinsip yang diajar kepada orang-orang lain supaya menghormati rumah Allah,jangan berlari-lari di atasnya.Dia lupa bahawa dia pernah melarang kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah,katanya bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri yang sedang sarat mengandung.Entah benar,entah tidak.

Ditolaknya Khairul ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh Khairul.

“Woi,ape ko buat ni?!!!”Marah Naim.
“Woi?Mana pergi bahasa mu wahai kawan?Mana pergi sopan santun mu wahai kawan?Mana pergi dirimu yang dulu wahai Naim?”Soal Khairul sambil mengesat air mata yang sedang mengalir.Naim terdiam.
“Rupanya,inilah masalah mu wahai kawan.Tiada ku sangka dirimu sedemikian,wahai kawan.Bagiku engkau lah model, engkaulah insan sempurna yang memancarkan sinar Islam ke sekolah ini.Kini kau sirna wahai kawan,kau mutiara yang kian sirna!”Marah Khairul.
“Ah,kau peduli ape!”Naim bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata Khairul.
“Jujur aku tanya,kau couple Im?”Soal Khairul.
“Aku couple ke,aku tak couple ke,tu soal aku la.Dosa biar aku tanggung sendiri!Jangan risau la,aku takkan heret kau masuk neraka sama dengan aku!”Lantang sungguh Naim berbicara.Dia lupa di atas lantai rumah siapakah yang dia pijak sekarang.

Khairul berlalu dari tempat itu dengan penuh penyesalan.Ingin dia salahkan takdir kerana menemukan dia dengan seorang kawan yang hipokrit seperti Naim namun dia akur dengan qada’ dan qadar Ilahi.

Semasa mereka bekelahi sebentar tadi,mereka bukan berdua.Di balik tabir biru itu ada 3 pasang telinga yang mendengarnya secara tidak sengaja.3 orang pelajar junior perempuan baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha mendengar setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka berdua.

Malang si Naim.3 orang pelajar itu bukanlah pelajar yang diam sifatnya.Dihebahkan berita Naim berpacaran ke setiap juzuk sekolah sehingga para cikgu pun tahu mengenainya.Ke mana sahaja Naim pergi,pasti ada mata-mata yang memandangnya dengan hujung-hujung mata dan sebaik sahaja Naim pergi,mulalah syaitan berpesta dengan dosa mengumpat.Bertambah malang bagi Naim,dia tidak tahu bahawa semua orang telah tahu dia berpacaran.Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh semua pelajar kini dicemuh,dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya kecuali kekasih hatinya,Nisa.

Khairul,si sahabat setia ini tidak senang mendengar orang mengumpat sahabat sejatinya. Akhirnya dia berkeputusan untuk menyampaikan sendiri kepada Naim bahawa semua orang sedang mencelanya.

“Im,senanye..Sume orang da taw ko couple..”Bicara Khairul secara perlahan.
“Hah?!”Terkejut Naim.Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti.
“Ko bagitaw orang?!!!!”Soal Naim.
“Eh,tak..Aku pun tak taw macamana bley..”
“Ah!! Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi ko dengki ngan aku, ko dengki ngan jawatan aku dapat!Aku taw kau sengaja nak jatuhkan aku!”Naim memotong dengan lajunya,melebihi had laju yang sepatutnya.
“Demi Allah..”
“Jangan main dengan sumpah!Berani sebut nama Allah dalam wat dosa,dasar…”Sekali lagi Naim memotong,laju benar susun katanya.
“Aku menyesal bagitahu kau,aku ingat kau la kawan aku yang sejati rupa-rupa..”
“Rupa-rupa apa?!Musuh?!”Naim marah lagi.
“Na’am!Musuh Allah,musuh agama Allah!Ko nasihat orang jangan bercouple,jangan zina hati, jangan itu,jangan ini tapi dalam masa sama kau buat!Ko lupa ayat-ayat surah As-Saf yang ko selalu baca tyme jadi Imam?Ko lupa?!Meh aku ingatkan ko! Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan,sungguh besar kemurkaan Allah pada engkau! Ya,pada engkau Naim!Allah memurkai mu dan layaknya aku membenci mu!” Balas Khairul dengan penuh perasaan kecewa.Lalu dia meninggalkan bilik dengan menarik tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.

Keheningan dan kesunyian malam itu dipecahkan dengan dentuman pintu bilik khas,bilik Naim dan Khairul.Di sekolah itu mereka sahaja yang diberi keistimewaan untuk tinggal di bilik dan orang lain di dorm,memandangkan mereka ialah ketua dan penolong ketua pelajar di sekolah itu.Pelajar-pelajar senior yang mendengarnya keluar dengan berlari,hati mereka ingin benar mengetahui apa yang berlaku namun kelihatan hanya Khairul sedang berjalan menuju ke tandas.Berbeza pula dengan pelajar junior,mereka dengan lajunya menutup lampu dan berpura-pura tidur,bimbang nama mereka dipanggil untuk dijadikan ‘lauk’ para senior malam itu.

Kata-kata Khairul benar-benar menikam qalbu terus ke akal.Tersentak Naim buat seketika. Mimpi ngeri dalam hidupnya baru bermula.Tidak,dia baru sedar yang dia dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak Siqahnya akan terus merudum jatuh menyembah bumi.Jika dia terus begini,tiada lagi ‘Abg Naim Si Budak Surau’ atau gelaran ‘Wali Naim’.Tiada lagi kesetiaan,tiada lagi kepatuhan dan tiada lagi insan yang akan menghormatinya menggunakan hati mereka.Apa yang ada hanya lakonan.Buah di luar, duri di dalam.

Dikuatkan hati,diringankan tangan untuk menulis surat terakhir buat kekasih hatinya. Tapi ternyata dia gagal.Semalaman dia tidak lena,pening memikirkan jalan penyelesaian yang pasti tiada jawapannya.Akibatnya,dia tertidur di dalam kelas.

“Naim,bangun!”Arah Cikgu Marlina,cikgu matematik tambahan yang terkenal dengan garang dan keceluparan mulutnya.

Naim terjaga dari lenanya dan terus berdiri.

“Apa dah jadi dengan awak ni?Dalam kelas tidur,luar kelas bercinta!”Marah Cikgu Marlina.

Awan hitam kini melitupi Naim,dia merasa tersangat malu.Bukan arang yang diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis,najis manusia,manusia yang bernama Naim,najisnya sendiri. Tiada kata dapat dibalas,dia hanya tunduk terdiam.

Naim bijak dalam beragama tapi dia gagal dalam berpolitik.Dia tidak sedar akan tindakan untuk tunduk dan diam itu bukanlah satu tindakan yang betul dalam berpolitik.Tindakannya itu sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam erti kata lain,dia mengakui bahawa dia sedang bercinta.

Marah Cikgu Marlina tadi bukan sahaja menampar Naim tapi terbias juga kepada pasangannya, Nisa.Nisa tunduk,akur dengan kesilapannya.Kini,dia sedar bahawa dia telah menarik Naim ke lembah kebinasaan.Surat pertamanya,surat tanda terima kasih itu merupakan surat jemputan ke neraka.Dia sudah sedar segala-galanya.Surat,hadiah dan fatwa-fatwa Naim itu merupakan alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan.Nampak seperti sesuai dengan syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan,tidak dapat dilihat oleh mata kasar,hanya mata hati dapat mengesannya.

Cara yang terbaik untuk Nisa sekarang,menulis surat terakhir,surat tanda perpisahan, surat yang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan menutup segala keburukan.Dengan nekad yang kuat di dalam hati,keyakinan yang tinggi terhadap Islam,Nisa memegang pen merah jambu kesayangannya dan mula menulis.

Salam sayang,
Sudah hampir 5 bulan kita bercouple,
Ayang percaya yang sayang sudah tahu isi hati ayang,
Ayang benar-benar menyintai sayang..
Sepenuh jiwa dan raga ayang..
Namun,ayang sedar satu benda,benda yang mungkin buat kita menangis,
Dalam kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama,kita telah balutinya dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan.Cinta manusia yang tidak mempunyai dasar yang kukuh.Kita selesakan diri kita dengan menyatakan cinta kita berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita melakukan maksiat.Benar kita tidak pernah berjumpa,berdating seperti remaja lain tapi maksiat bukan itu sahaja.

Ayang yakin dengan kata-kata sayang bahawa tiada hadis yang menyatakan zina hati tapi ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina itu menggunakan fail qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan hati.Maknanya,dengan hati pun tidak boleh dekati zina.
Ayang bukanlah membuat fatwa atau apa-apa ajaran tetapi itulah yang ayang percaya.Tindakan kita ini tidak lain tidak bukan,membersihkan najis dengan air kencing sendiri.Najis tidak bersih tetapi bertambah kotor,mengalir dan terus mengalir mengotori semua tempat.

Sayang..Ayang percaya pada jodoh.Jika kita dijodohkan bersama,Insya Allah,kita akan bersama.Tidak perlu bercouple atau berkenalan,jika Allah nak kita bersama,insya Allah kita bersama.

Percayalah,itu hak Allah.Dia boleh buat apa yang dia suka.Dia yang menghidupkan Isa tanpa bapa,menyejukkan api yang membakar nabi Ibrahim,memutuskan air penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa.Jika semua perkara ganjil itu Allah yang buat,apatah lagi soal jodoh yang merupakan soal kebiasaan.

Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah.

Ukhwah Fillah.
Nisa

Tertitis setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat dilapkan supaya tulisan tidak hilang.Sengaja dia tidak mengambil kertas baru dan menulisnya kembali supaya Naim faham isyarat yang cuba diberinya.Hati Nisa tidak mahu tapi disebabkan imannya, agama didahulukan.Kemahuan ditolak ketepi walaupun perit menolaknya.

Surat keramat diletakkan di atas meja Naim,kali ini tiada lagi air laici dan tiada lagi choki-choki,surat semata-mata.Naim membacanya dan dia telah bersedia dengan keadaan ini.Tiada lagi air mata,tiada lagi tangisan tiada lagi kedukaan.Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang menghasilkan CINTA tapi cinta yang berpaksikan maksiat semata-mata.

Tangannya pantas mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir ini.Tengah dia berfikir ayat-ayat cinta terakhir,hidayah Tuhan sampai.Cahaya yang akan menghilangkan segala titik hitam yang bertapak di permukaan hatinya.Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada CINTA.

Dengan penuh yakin,dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi.Dia yakin,jika dia menulis surat balas,syaitan akan mencelah dan mengambil peluang lagi ke atasnya.Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya dapat disambung di akhirat nanti

*bila permulaannya sesuatu yg tidak baik, pasti melahirkan perkara2 yg x baik

dipetik dari:http://www.facebook.com/?ref=home#!/note.php?note_id=113349018700817&id=100000437474465&ref=mf