BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 17 November 2011

Dah KONVO!

Assalamualaikum....

really...
dah lama xupdate blog. Lama xbukak, fb pon sama. Adeehhh...

6 Oktober 2011~
Saya dah konvo...alhamdulillah...syukur ya Robbi.
Sape yg pi konvo una? ofcos! Ummi, Ayah, Kaknik n famili, Abe sa n family and aslo my adet-adet, Nini dan Yanie. Thanks sume.
To all my frens yg bagi hadiah... syukranjazilan. =)

Tahniah Annur!

my fren, sweetest fren (fina)

saya tak sempat nak bergambar ngan kawan2 laen...terasa rugi...but it's okay... we'll meet again...okay? =)

Jumaat, 28 Januari 2011

buat kali ketiga~

Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naïf untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi

Pagi ni saya dengar lagu metafora .Hanya lirik sahaja yg menarik perhatian saya. Sebab itulh apa yang saya rasa sekarang ini.

"tersasar aku dalam mentafsir, aksara kejujuran dan ketelusan yang terpamer
di wajahmu"
"terlalu naif untuk aku fahami, metafora puisi dusta dan personifikasi"~

Susah untuk diterangkan dan susah untuk menerangkan! So, dalam persoalan perasaan ini ada juga hukum D-M ye? erm...

Untuk ketiga kalinya...
Metafora puisi dusta itu kembali menjajah ruangan sekeliling aku. Bukan tidak mahu ku tegah, sudah kulakukannya, tapi masih tidak utuh dan rapuh! ya Allah...lemahnya aku! =( Apbila dah jadi camni, apa nak dikata lagi? Terima dan redha jelah...Mungkin perkara sebegini akan mmbuatkan aku lebih kuat! Tapi adakah sekarang aku merasakan diri aku sebegitu? Ilahi...tuntunilah aku~

Mungkin ini bukan tempat yang terbaik untuk aku luahkan segala apa yang dirasa sebab aku tak tahu sejauh mana kebenarannya. Tapi kalau itulah yang benar, apa yang boleh aku buat? Ya! Aku tahu...aku hanya boleh mendoakan...bukan mencaci dan mengharapkan sebaliknya...nauzdubillah...

setakat ni untuk entri kali ni. Bila rasa ni dah reda saya akn menulis sebagai balas kepada hati.


Rabu, 12 Januari 2011

Monolog~


~Apakah yang sebenarnya tersembunyi di sebalik tabir?
~Saya ternanti-nanti,apakah hal yang sebenarnya.
~Saya tak akan salahkan awak jika itu satu-satunya jalan untuk awak mencari jawapan bagi setiap persoalan yang mungkin sentiasa bermain di fikiran awak.
~Awak akan mendapat jawapannya nanti apabila tiba masa dan ruang yang sesuai.
~Saya tak akan salahkan awak jika awak yang benamkan benih dalam perkenalan sesaat ini dan kemudian awak akn tinggalkan saya. Saya tahu awak pun dalam dilema.
~Saya tak kan salahkan awak andai awak berkata semanis gula, saya merasa semanis madu tapi akhirnya bertukar rasa menjadi hempedu kerana saya tahu, itu bukan salah awak.
~Saya tak kan salahkan awak, sebab saya tahu itu adalah lumrah kaum awak.
~Saya tak kan salahkan awak sekiranya awak tegur saya dalam YM untuk beberapa ketika dan senyap buat beberapa ketika. Saya faham kerana saya tahu awak bukan milik saya dan saya tak boleh 'demand'.
~Saya tak kan salahkan awak jika awak tegur saya untuk memperbaiki diri saya kerana saya tahu diri saya hanya wanita biasa dan awak berbeda dengan saya, saya akan terima dengan hati terbuka!
~Saya tak akan salahkan awak jika terdetik dalam hati saya untuk memilih awak sebagai pengemudi bahtera kebahagian tapi akhirnya saya tidak dapat memiliki awak kerana saya tahu awak berhak memilih sapa saja yang awak suka.
~Saya tak kan salahkan awak kiranya pada pengakhiran nanti awak memilih 'si dia' yang awak suka dan saya akan doakan kebahagiaan rumahtangga awak.
~Tapi...awak...
~Saya mohon jangan buat saya rasa seperti berenang dalam lautan madu sekiranya awak tidak mampu untuk berkata > Saya sukakan awak!dan saya mahu bina BM(BaitulMuslim) dengan awak! Awak,saya tak mampu untuk menempuhinya lagi.
~Awak jangan menduga saya dengan seribu persoalan jika awak hanya mahu bertanya kerana saya bukanlah seorang yang pandai manjwab persoalan dan bermain kata.
~Saya tahu pasti saya terjerat dalam kata-kata tersendiri kerana saya tidak pandai meluah apa yang saya rasa. Awak! Jangan menduga kepercayaan saya terhadap awak kalau awak serius dengan saya. Rasa itu terpendam di dalam dan diluah menerusi perbuatan. Jika awak perasan tingkah saya.
~Awak, diri saya banyak kekurangan...saya tidak tinggi ilmu agama tapi saya tahu apa yg halal dan apa yg haram, saya dapat didikan asas agma msa kecil lagi, tapi saya xsehebat 'si dia' yang awak suka.
~Banyak saya nak gthu awak, tapi cukuplah setakat ni, kerana saya dah penat.
~Saya doakan kebahagian awak dalam apa jua yang awak lakukan.

Salam hormat daripada saya.

Selasa, 11 Januari 2011

Aku Hanya Wanita Biasa

Aku Hanya Wanita Biasa

Ahad, 9 Januari 2011

BENGKEL ICT – PC CARE Semperna Hari Lelaki & Wanita PMKUM (HALWA 11')

BENGKEL ICT – PC CARE
Anjuran PMKUM 10/11

Masa: 8.30 am – 1.00 pm
Tarikh: 15 Jan 2010
Tempat: Makmal Komputer Perpustakaan UM
Bayaran: RM10.00 sahaja

Modul bengkel:
1. Pengenalan asas komputer
2. Kenali jenis-jenis malware (virus)
3. Panduan membeli laptop/PC
4. Masalah yang sering berlaku (virus shortcut, blue screen, auto restart etc.)
5. Punca laptop diserang malware
6. Bagaimana dan mengapa malware menyerang/merebak
7. Halangan yang ditetapkan oleh malware
8. Langkah mengenalpasti serta mengatasi malware
9. Langkah yang perlu diambil apabila laptop diserang malware
10. Perisian mudah mengatasi malware (malware kit + tool utilities)
11. Panduan meningkatkan kelajuan sistem komputer
12. Panduan format laptop (win XP/7)
13. Tip penjagaan laptop (hardware/software)/Langkah asas perlindungan

Keistimewaan + Bonus:
1. Perisian utilities 2011 (malware kit)
2. AVG Internet Security 2011 (expired date: 2018 – premium gift)
3. Percuma perisian asas 2011
4. Percuma E-book panduan format computer (Win XP/ 7)
5. Percuma E-book panduan baikpulih computer
6. 24/7 customer support
7. Pemeriksaan laptop percuma
8. 50% diskaun format laptop (RM10)
9. Install free Arabic language + Jawi
10. Pembelajaran 20% teori, 80% praktikal
11. Sijil penyertaan

Don’t waste your money, Clean all viruses 100% and Optimize your system now!!!

Penyertaan adalah terhad.Terbuka kepada semua warga UM,Bayaran RM 10 Makanan turut disediakan. Maklumat lanjut sila hubungi:

Mohd Shafiq : 014 8404988
Adnan : 013 9183741
Abe Amin : 013 6299033



Hari Lelaki dan Wanita (HALWA 2011)


Jom pakat mai ramai-ramai...
~ Kursus Kahwin dgn krjsma JAKIM
~ Bengkel memasak
~ Bengkel Multimedia
~ Diskusi oleh penceramah terkenal
~ Kempen derma darah dgn krjsma Pusat Darah Negara
~ Pertandingan Ratu dan Raja UM
~ Penampilan khas :: Rabbani Junior dan Ustaz Asri
~ Jualan

Semangat yang hilang~

Malam ni hati rasa sayu...sedih...rasa macam nak nangis!

Ya Allah...berikanlah aku kekuatan~
Semangatku yang makin hilang dan pudar~
Tautkanlah hatiku denganmu Ilahi~
Rabbana, pegangi dan tuntunilah hatiku~
Agar aku tak jatuh, tertunduk dan tersungkur~
Aku tak mahu rasa macam ni buat selamanya!

Jumaat, 7 Januari 2011

Go Away~

Please... go away~


Kenangan semalam,
Aku mahu hilang dalam kelam,
Bersama gambaran karam,
Pergilah, takkan lagi aku genggam.

Pergilah kenangan semalam,
Mahu kembali baru aku dengan azam,
Tapi kenapa tetap dtg bertandang muram,
Buat aku tidak tenteram?

Ahhh...sungguh aku bungkam,
Fikir kenangan terjah salam,
Ahhh...sungguh aku bungkam,
Tersayat dalam selam.

Kerna kenangan semalam,
Jiwa bermuram,
Mereka tersembam,
Kerna cakap karut bersulam.

Maafkanlah aku kenangan semalam,
Aku biarkan 'kau' bersemayam,
Dalam fantasi karut malam,
Agar aku bisa jalani tanpa dendam.

annurkhoirun
6.15pm
KK8 UMKL~

Khamis, 6 Januari 2011

Salahkah Aku?~

Tiba-tiba mood di awal pagi ni nak bercakap pasal muzik. Kat blog saya ni saya penuhi dengan lagu-lagu Rossa dan barusan dengarin lagu Takkan Berpaling DariMu! Ahhh...kenapa tetiba rasa diri mahu hidup dalam nota-nota lagu tu? Berfantasi sebentar! Macam budak2 kan? hahahah...tapi bila keseorangan dan diri berasa tidak menentu, pasti berfantasi dgn meletakkan diri di tempat laen menjadi pilihan fikiran dan mindaku. Kenapa ya? Kesihatan psikologi terganggu seketika! huhu...

Piano~
Masa kecik2 dulu selalu je dengar ayah cakap xleh maen alat2 muzik yang berupa petikan, tiupan dan macam2 lagi. Tapi bagaimana dengan Piano? Saya nak sangat maen piano, bukan untuk bermegah, bukan untuk membuat duit or ape, sekadar untuk diri dan famili. Nak belajar, still tak berpeluang. Tapi bila dah berusia segini,ntah boleh ntah idak nak belajar semuanya dari asas! Dahla diri buta nota muzik, hahaha... Tula, masa skolah rendah dulu xnak fokus sangat...tapikan still and always got A+. Siap buku nota dapat bintang2 ag. hahaha...Andai diri masih ingat siapa diri tika usia diri meningkat~
Masa cuti sem lepas gi KB Mall, terpandang mataku pada satu keyboard. Harganya about RM200 xsalah. Ahhh...elokke yang ni? Cam budak2 punye...Sabarlah diri, banyak benda laen yg lebih penting. Da kerja and got money bolehla nak belajar dan cari satu keyboard..pujuk diri kpd hati.
Dari Kelantan ke Perak dan ke Kuala Lumpur~
Sampai kat umah abang dah malam about 10 pm xsalah. Masa nak kemas diri, adik bongsu saya, Nini tunjuk sesuatu! Keyboard! Tertegun diri di situ. Masuk bilik xperasan pulak adanye...huhuhu... Abang2 saya memang xdinafikan, sume pandai maen gitar, drum n ntah ape lagi. Ayah saya? hehehe...Ayah pun pandai gak bab2 muzik.Mgkin dah menurun kat anak2 kot...hikhik...Ayah pun maen gak. Saya nak maen tapi xreti. waaaa... Adik bongsu sy? Great! Dia boleh cari tiun sendiri. Abg penah ajar dia maen gitar dlu...dia cpt je tgkap lau bab2 muzik...sya? kihkihkih...ntoh ler..Apepun, skrg xtau masih mahu atau tidak!

Rabu, 5 Januari 2011

TIDAKKKKKKKKKKK~

2011
Tidakkkk!!! Tahun ni...diri akan bertambah lagi satu lagi tahun dalam umurku...
22 plus 1 tahun=maknanya pada tahun ni, umurku...23TAHUN??? ya Allah...cepatnya masa berlalu...

Diri masih belum bersedia...
Untuk menghadapi hari muka...
Tapi sampai bila aku harus begini?...
Sembunyi dalam bebayang sendiri!

23 Tahun umurku pada 2011,
Akan berkurang lagi satu tahun umurku di dunia sekilas...
Meniti hari-hari mendatang dengan penuh lelah...
Walaupun penat,semua itu adalah lumrah!

23 tahun!