BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 6 Januari 2011

Salahkah Aku?~

Tiba-tiba mood di awal pagi ni nak bercakap pasal muzik. Kat blog saya ni saya penuhi dengan lagu-lagu Rossa dan barusan dengarin lagu Takkan Berpaling DariMu! Ahhh...kenapa tetiba rasa diri mahu hidup dalam nota-nota lagu tu? Berfantasi sebentar! Macam budak2 kan? hahahah...tapi bila keseorangan dan diri berasa tidak menentu, pasti berfantasi dgn meletakkan diri di tempat laen menjadi pilihan fikiran dan mindaku. Kenapa ya? Kesihatan psikologi terganggu seketika! huhu...

Piano~
Masa kecik2 dulu selalu je dengar ayah cakap xleh maen alat2 muzik yang berupa petikan, tiupan dan macam2 lagi. Tapi bagaimana dengan Piano? Saya nak sangat maen piano, bukan untuk bermegah, bukan untuk membuat duit or ape, sekadar untuk diri dan famili. Nak belajar, still tak berpeluang. Tapi bila dah berusia segini,ntah boleh ntah idak nak belajar semuanya dari asas! Dahla diri buta nota muzik, hahaha... Tula, masa skolah rendah dulu xnak fokus sangat...tapikan still and always got A+. Siap buku nota dapat bintang2 ag. hahaha...Andai diri masih ingat siapa diri tika usia diri meningkat~
Masa cuti sem lepas gi KB Mall, terpandang mataku pada satu keyboard. Harganya about RM200 xsalah. Ahhh...elokke yang ni? Cam budak2 punye...Sabarlah diri, banyak benda laen yg lebih penting. Da kerja and got money bolehla nak belajar dan cari satu keyboard..pujuk diri kpd hati.
Dari Kelantan ke Perak dan ke Kuala Lumpur~
Sampai kat umah abang dah malam about 10 pm xsalah. Masa nak kemas diri, adik bongsu saya, Nini tunjuk sesuatu! Keyboard! Tertegun diri di situ. Masuk bilik xperasan pulak adanye...huhuhu... Abang2 saya memang xdinafikan, sume pandai maen gitar, drum n ntah ape lagi. Ayah saya? hehehe...Ayah pun pandai gak bab2 muzik.Mgkin dah menurun kat anak2 kot...hikhik...Ayah pun maen gak. Saya nak maen tapi xreti. waaaa... Adik bongsu sy? Great! Dia boleh cari tiun sendiri. Abg penah ajar dia maen gitar dlu...dia cpt je tgkap lau bab2 muzik...sya? kihkihkih...ntoh ler..Apepun, skrg xtau masih mahu atau tidak!

0 ulasan: