BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 19 Oktober 2010

LAMAR LELAKI LANGKAH TERPUJI

ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya de­ngan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.

IKAT PERTUNANGAN...tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.

Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.

Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.

Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.

Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.

Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.

Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.

Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?

Mungkin kaum wanita mengang­gap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.

Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.

Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.

Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasa­ngan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.

Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.

Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya...!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)

Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.

“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.

“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.

“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.

“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.

Ustaz Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.

“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.

“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.

Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.

Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.

“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.

“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.

“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.

Berdasarkan sejarah yang masy­hur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.

“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.

“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.

“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.

“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.

Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasa­ngan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.

“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat de­ngan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.

“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.

“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.

Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.

“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mung­kin Allah hendak selamat­kan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.

“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.
“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.

Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.

“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.



Wallahu'alam. Wassalam

sumber :

Selasa, 12 Oktober 2010

Adab Pergaulan Antara Lelaki dan Perempuan~


Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan.



Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan


• Ucapan yang makruf dan sopan Firman Allah:

“Dan ucaplah kata-kata yang makruf.” Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.”



• Menundukkan pandangan

Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.

• Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu, menurut Ibnu Syiahab az-Zuhri.

• Tidak berkhalwat (berdua-duaan)

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia muhramnya.”

• Menghindari tempat syubhat

Sabda Rasulullah SAW:

“Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu…” (Riwayat Bukhari)

Adab khas untuk wanita • Iltizam dengan pakaian Islam



Firman Allah:

“Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka.”

Dan firmanNya lagi: “Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliyyah bertabrruj.”

• Serius dalam ucapan

Tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam percakapan.

Firman Alla : “Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.”



• Menjaga pergerakan

Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah:

“Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.”





Buat Sahabat

"Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku.Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri.Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka atau duka.Jika aku dapat, aku akan setia padanya- IMAM SHAFIE



sumber : http://nonaro.wordpress.com/2008/05/29/adab-pergaulan-antara-lelaki-dan-perempuan/



Amalan-Amalan Dalam Islam


LARANGAN-LARANGAN TERHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN

YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN

~ Mandi setelah makan.
~ Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
~ Berada dalam keadaan terlalu lapar.
~ Berjaga malam selain dari qiamullail.
~ Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
o Bercakap banyak.
o Tidur banyak.
o Makan banyak.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
o Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
o Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
o Banyak memakan makanan yang serba masam.


MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA,

MAKANLAH, JANGAN DIBUANG ~ Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak racun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat, jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN

DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
o Melihat pekara-pekara yang haram.
o Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
o Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
o Tidak membaca Al-Quran.
o Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
o Mengumpat dan mengata.
o Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
o Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
o Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
o Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
o Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
o Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
o Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.


SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA

JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT:
o Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
o Selepas makan atau sebelumnya.
o Ketika sedang makan.
o Selepas memakan buah-buahan.
o Selepas keluar dari bilik mandi.
o Ketika terjaga dari tidur.



CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W
~ Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
~ Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
~ Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
~ Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas,supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.


WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
o Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
o Selepas masuk waktu Asar.
o Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.


BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
o Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
o Merosakkan warna kulit.
o Melemahkan jantung.
o Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
o Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
o Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
o Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
o Hindarkan dari tidur lewat malam.
o Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
o Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
o Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
o Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.



PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
o Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
o Banyak minum air di waktu pagi.
o Banyak memakan atau meminum yang serba masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
o Merokok yang berterusan.
o Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
o Kurang tidur.
o Sentiasa mandi di tengah malam.
o Melakukan kerja secara berterusan.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
o Melihat kepada benda-benda kotor.
o Melihat kepada palang/salib.
o Duduk dengan membelakangkan kiblat.
o Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
o Banyak menangis.

sumber:http://www.ashtech.com.my/DIL/start/artikel/Amalan-Amalan_Dalam_Islam.html

::nurishna-una::
8.20 p.m
Kuala Lumpur

Isnin, 11 Oktober 2010

Quotes For Today~

"Jika seorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal." (Al-Hadith)

Halwa~

Kisah Cinta~



dear abang,

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke
kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin
ayang luahkan disini...
kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..
sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3
bulan yang lalu dah masuk 3 malam...
abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang
letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari
harga kereta abang?

tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak
berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah


sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli
kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga
maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa
abang kata ayang tak sedar diri

kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada

kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak
macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek
depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..
jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama
sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..



ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

love,
ayang



Dear Ayang,

bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham
keta tu keta bos abang nnti kalau ilang siapa nak ganti..

ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta..
abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...

lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..
nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam
doremon..ish xnak laa abang..

pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah
dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm..

bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...

pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..
nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma
jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan
apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun

jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu....

ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang




Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan..dua tangan untuk memegang...
Dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat...
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?....
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya....


Itulah namanya Cinta...

Sumber :

::nurishna-una::
5.00 p.m
Kuala Lumpur

Berhenti Mengeluh~


Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.


Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”

SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin…

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)

Source: iluvislam.com

::nurishna-una::
4.40 p.m
Kuala Lumpur

Hati~


Allahuakbar...

Walaupun hal itu sudah berlaku, saya tidak mahu mengenangkannya lagi. Tetapi kenapa masih berlegar di ruang fikirku? Saya mahu memaafkan segalanya, saya redha dgn segala takdir dan ketentuanNya, tapi kenapa hati ini masih terasa kesakitannya...bagaimana harus saya redakan rasa ini? Tuhanku, mohonku...kuatkan hatiku, tabahkan diriku!~ Ameen Ya Robbi ~

Tentang Cinta~
Kadang-kadang hati ini merintih pedih apabila terkenangkan perkara yang berlaku, bukan mahu diri ini sentiasa mengingati semnuanya, tetapi hal itu kerap bertandang...adakah ia sebuah penyesalan? Tidak! Itu jawapanku. Salah siapa? Tidak ada salah sesiapa dan saya sendiri tidak mahu menjatuhkan hukum dan meluruskan jari telunjuk ke arah sesiapa...Sungguh saya tidak mahu meletakkan kesalahan itu pada ia, kerana ia milik Allah~ Saya mahu ia menjadi milikNya, saya tidak mahu ia dicemari dengan segala noda dan dosa lagi, sungguh saya tidak mahu! Saya mahu bersihkan ia dari anasir hitam yang menggila jika diserikan lagi dengan hiasan merah menyala! Allahuakbar! Lindungi diriku, lindungi ia kerana ia milikMu, pandulah ia ke jalanMu, ia-hatiku yang mahukan kebebasan dari dakwat hitam yang sntiasa mahu terpalit padanya jika ada ruang~

Sedang ingin bercinta~
Diri ini pernah kecewa dengan cinta manusia...tapi kekecewaan itu tidak setanding dengan kekecewaan diri jika diri ini tidak mendapat cinta Dia Yang Maha Agung! Subhanallah! Bukan mahuku lalai dalam hidup yang sementara ini, diri juga tidak mahu menyalahkan fitrah manusia yang sering mengatakan diri alpa dan mudah lalai. Bagaimana kita mahu pandu hati dan diri kita? Berbalik kepadaNya diri! Saya mahu menebus kekecewaan itu dengan cinta Dia! Saya mahu Ya Ilahi di hati saya~

Dia pernah berkata~Hati kita milik Allah, bukan milik kita!~
Iya, hati kita milik Dia, daripada Dia kita datang kepada Dia juga kita akan pulang~
Hati tidak tenang, hati penuh rasa resah, hati kecewa dan pelbagai lagi...itulah hati manusia yang tidak pernah bersyukur. Saya juga tidak terlepas berasa diri begitu. Tetapi bagaimana kalau kita cepat-cepat kembali kepadaNya? Rawat hati supaya kita tidak mudah berasa lemah dek kerana cinta manusia yang mengalpakan kita...Ilahi Robbi~ Saya juga pernah lalai...saya mahu bertaubat ~

Ya Ilahi...pegangilah hatiku~

::Nurishna-Una::
5.50 a.m
Kuala Lumpur~





Ahad, 10 Oktober 2010

Alhamdulillah~


Alhamdulillah...Ilahi yang amat memahami diriku, syukur kpdMU Rabbi...

Alhamdulillah 1~
Petang semalam, 8hb mesej-mesej umi, tanya kbar dan mendapatkan izin umi untuk beli tiket flight. Alhamdulillah..akhirnya, pada usia 22 tahun ni, final year at dis university, dapat jugak tunaikan impian untuk balik ke kampung halaman dengan flight... (^_^) jazakillahukhoiron katheero umi...

Alhamdulillah 2~
Petang tu juga semasa sedang mesej dengan umi, umi gthu umi kat kecemasan dengan ayah, hantar adik bongsu saya. Umi gthu adik sakit pinggang dan etc. Terkejut! Astaghfirullahalazim...Ya Allah, dugaan ini? untuk adik saya? Tapi, saya tidak boleh menahan takdir,dalam solat maghrib saya menangis...saya takut...kenapa dia? fikiran dah fikir yang bukan-bukan...Ya Allah, selamatkanlah dia...saya ketiduran kerana letih yang amat. Jam 9lebih ayah dan abang chik mesej, gthu adik xda apa2, adik ok...cuma kekurangan air...ALHAMDULILLAH YA ROBBI~

Alhamdulillah 3~
Jam 12.45malam, "aahhh...dah lewat...pkul 12 lebih dah"...xdapat jugak jadi orang pertama ucap SELAMAT HARI LAHIR yang ke-61 ayah...una sangat2 rindukan dan cintakan kamu...Alhamdulillah syukur! Ayah sihat dan masih berada bersama-sama denganku, keluargaku dan isterinya...heheh...Una akan sentiasa doakan kesejahteraan ayah, dikurniakan kesihatan yang baik serta doaku agar ayah sempat mengecapi hasil titik peluhku setelah bekerja nanti, Sekarang, una kena belajar elok2.. JGJA INSYAALLAH> inilah selalunya pesan ayah, JAGA DIRI DAN JAGA AGAMA...lov u so much abi~SELAMAT HARI LAHIR YG KE-61 (^^,)

Alhamdulillah 4~
Petang ni, 9hb...hati rasa xenak je...saya sendiri pun xtahu kenapa, tapi bila disingkap balik, di fikiran masih berbuku rasa risau kat adik...moga2 dia baik-baik saja...INSHAALLAH,~

Hal pertama pasal adik, hal kedua da masuk benda lain!
Saya risaukan perkara yang memang dah lama bersembunyi di balik diri ini. Sampai bila harus ku hidup dengan kerisauan ini? Sampai bila Tuhanku? Hamba merintih kpdMU ILAHI, hamba percaya akan ada jalan penyelesaiannya...tapi bila akan sampai masa itu? Aku mohon pertolonganMU ya Rabbi~

Selepas solat asar, saya ketiduran di atas tikar sejadah, hati masih tidak enak...Astaghfirullah! Kakak telefon, suruh siap2..."Jom kita keluar!"kata kak Nabilah. "Ok kak, kejap ye!". Alhamdulillah...rasa kurang sikit rasa di hati yang kurang enak tadi...sebab dapat berdiri di hadapan orang yang saya sayang...kakak, lov u so much...terima kasih atas segalanya~ Ukhuwah fillah abadan abada~

AllahuRabbi~

Salam ukhuwah fillah,

Mei, Jun, Julai, Ogos, September dan sekarang Oktober!!!
Dah berapa bulan saya tidak menulis dalam blog ni, td terbaca blog kawan tetiba je teringat kat blog sendiri, adeeiii, sy pun ada rupanya. tapi, kenapa tidak saya gunakan medium ni untuk berkongsi rasa suka,duka dan sebagainya.Em...xpalah, kalau saya sempat saya 'update'kan blog ni. InshaAllah, saya cuba kongsi perkara-perkara yang bermanfaat...

Sekarang ni musim 'presentation' dan hantar assignments...banyaknya esaimen kena buat, mana nak buat revision untuk next exam lagi. Rasa gak tekanan tu, tapi bila kita da berada dalam tekanan, segala kerja akan berjalan..betul tak? Tapi bukan semua dapat membuat kerja dalam tekanan...nanti hasil yg dapat akhirnya tak bagus.

Saya pernah terdengar sesorang berkata "Tekanan itu penting!" tp da lupa dgr kat mana.Ape penting sangat tekanan tu? Kalau boleh semua orang nak menghindari tekanan dan jalani hidup dengan aman dan damai. Tapi apalah sangat daya kita jika kita lihat kebesaran Rabb, Dia Maha Mengatur segalanya! Setiap manusia akan mengalami tekanan mereka sendiri tapi bagaimana mereka mengaturnya? Supaya tekanan yg dihadapai tidak lagi berupa tekanan...tp mungkin makanan rohani untuk kita! Bagi kita umat Islam, pastinya kita akan kembali kepada Dia apabila berada dalam tekanan. Pernah tak dengar "Kalau dah terkena atau ditimpa musibah baru nak cari Dia". Bagaimana kalau kata-kata itu ditujukan kepada mereka yang baru nak mengenal Rabb? Allah sentiasa membuka pintu kemaafan kepada umatNya. Tekanan yang dihadapi perlu diurus! Ramai yang tidak dapat mengawal tekanan yang dihadapi hingga memudaratkan diri sendiri.

Cara menghadapi tekanan :

1) Mendapatkan Sokongan Sosial
Siapakah yang akan kita hubungi dan luahkan perasaan apabila menerima sesuatu berita yang menyedihkan? contoh: kematian keluarga dan kehilangan kerja. Selalunya kita akan bercerita dengan individu yang kita percayai seperti suami/isteri, sahabat dan guru. Apabila bercerita, kita akan berasa kurang menanggung beban perasaan dan adakalanya kita memperolehi idea penyelesaian masalah yang tidak terlintas dalam fikiran kita sebelum ini.

Tetapi, adakalanya kita sering menyalahgunakan sokongan sosial ini. Kita berharap orang lain akan menyelesaikan masalah kita. Kadangkala kita cenderung menggunakan masalah dan perasaan yang sedang kita alami untuk menarik perhatian orang lain. Kita bermasam muka, memaki, menangis tidak kira tempat dan masa. Perlakuan kita ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah sebaliknya semakin membebankan masalah sedia ada kerana orang lain takut untuk menampilkan diri. Sebaliknya jika kita bersikap lebih terbuka dan berusaha mencari jalan penyelesaian, maka orang lain akan senang hati membantu kita.

2) Sentuhan.
Sentuhan sangat penting dalam memelihara kesihatan emosi. Sentuhan membolehkan kita memaksimakan potensi tubuh sepenuhnya. Sentuhan juga mendatangkan ketenangan untuk otak kita. Pelukan merupakan sentuhan fizikal yang terbaik bagi memperolehi kesihatan dan keselesaan emosi. Kajian psikologi mendapati kita memerlukan sekurang-kurangnya 6 pelukan/sentuhan sehari untuk mengekalkan emosi yang sihat. Justeru, jangan lupa untuk memeluk suami/isteri dan anak anda setiap hari untuk mengekalkan kesihatan emosi anda!

3) Jenaka, Ketawa Dan Sentiasa Senyum
Kita perlu mengekalkan sikap fleksibel pada sesetengah keadaan bagi membantu kita menerima sebarang perubahan dan memastikan emosi kita lebih bersedia. Cara terbaik bagi menghilangkan kekakuan mental adalah dengan cara senyum, jenaka dan ketawa. Kebolehan berhumor menjadikan kita sentiasa ceria dan membebaskan diri daripada emosi yang negatif. Ketawa juga mempunyai banyak kelebihan dari segi psikologi. Ketawa boleh diterima pakai sebagai satu cara senaman ringan yang paling mudah!. Apabila kita ketawa, tengkuk, bahu dan otot-otot berkaitan akan turut bersenam. Lebih daripada itu, semasa ketawa, tubuh kita akan menyingkirkan dioksida yang tidak baik dan menghasilkan sel-sel yang boleh melawan penyakit. (Norman Cousins, Anatomy Of An Ilness) Walau bagaimanapun, ketawa biarlah berpada dan tidak berlebihan kerana ketawa yang berlebihan boleh mematikan jiwa.

Kita sering mendengar bahawa senyum itu seindah suria. Ia memang benar!!!. Apabila kita tersenyum, secara spontan kita akan rasa gembira. Eksperimen ke atas sekumpulan individu yang tertekan mendapati mereka boleh beransur menjadi gembira apabila diminta senyum walaupun tanpa sebarang perasaan dengan menegangkan otot di sekitar mulut dan mengarahkan hujung mulut ke atas. Hasilnya mereka boleh menjadi gembira walaupun sedikit!!. Jadi sentiasalah tersenyum terutamanya apabila kita tiba-tiba berasa muram tanpa sebab. Pasti anda boleh berasa gembira semula.

4) Memandang Warna Yang Menenangkan
Kajian membuktikan bahawa warna memberi kesan kepada perasaan kita. Warna merah terang, oren dan kuning memberikan kita tenaga. Kombinasi warna merah dan kuning menyebabkan darah kita berkitar dan menaikkan suhu badan. Biru dan hijau memberi kesan menyejukkan dan menenangkan. Anda pasti boleh mengenalpasti warna dengan cara anda sendiri untuk mengubah perasaan yang anda mahukan.

5) Hindari bunyi bising
Bunyi boleh memberi kesan kepada perasaan kita. Kita dilahirkan dengan perasaan yang tidak selesa kepada bunyi bising. Kebisingan juga boleh memberi tekanan dalam diri. Ia juga boleh menaikkan tekanan darah, mempercepatkan degupan jantung dan memberi kesan psikologi yang lain. Walau bagaimanapun bukan semua bunyi memberi kesan buruk. Muzik contohnya boleh memberi kesan yang baik kepada perasaan dan kesihatan diri kita.

Menurut kajian dari. Avram Goldstein, muzik boleh menyebabkan otak mengeluarkan sejenis bahan penenang yang dinamakan endorfin. Muzik juga boleh menimbulkan pelbagai variasi perasaan. Justeru, jika anda rasa tertekan, dengarlah lagu-lagu kegemaran anda. Semoga ia dapat membantu

6) Membaca Al-Quran, zikir dan selawat.
Bagi yang beragama Islam, bacalah ayat-ayat suci Al-Quran. Sesungguhnya ayat Al-Quran adalah penenang jiwa yang paling mujarab. Untuk mengelakkan tekanan perasaan selalulah berzikir dan berselawat agar hati sentiasa tenang dan tidak gusar. Kita perlu yakin bahawa walau bagaimana hebat tekanan yang kita alami, pertolongan Allah SWT tetap ada kerana selepas kesempitan pasti ada kelegaan dan selepas kepayahan pasti ada kesenangan.

7) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

8) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

9) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

10) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

11) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang tahu tekanan yang dihadapi di tempat kerja. Dalam kita bersujud kepadaNya juga kita akan merintih mungkin tidak mampu lagi menahan tekanan yg dihadapi.Mudah-mudahan diterima segala doa~

Akhir sekali sebagai renungan, "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) : bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Al-Insyiraah:5-6)

Sumber: http://www.ukhwah.com/print.php?sid=2104 dan etc

InshaAllah...Dia Maha Mengetahui segalanya kerana Dia Pencipta kita, daripada Dia kita datang, kepada dia kita pulang...Kembali kepadaNya...InshaAllah~