
Bila kita berbicara tentang CINTA, xramai yg dapat memberikan definisi cinta secara mendalam. Mereka menganggap CINTA ini adalah semata-mata cintakan seseorang dengan sepenuh hati, sanggup melakukan apa sahaja dan mengorbankan apa sahaja untuk CINTA HATI, tapi lama-kelamaan CINTA itu pasti menjadi CINTA MATI. Kenapa saya mengatakan cinta yg lahir dalam hati dua jiwa yang bertaut antara satu sama lain menjadi cinta MATI? Kerana definisi CINTA bagi mereka adalah cinta semata-mata kerana cinta dari seorang manusia (lelaki/wanita) kepada seorang manusia (wanita/lelaki). Mereka tidak pernah meletakkan cinta mereka pada tempatnya yang sebetulnya. Terlalu mengagung-agungkan cinta sehingga perkara yang buruk semuanya nampak indah. Cinta itu sememangnya membutakan mata hati seseorang. Bagi seorang Islam, sebuah percintaan seharusnya berpaksi kepada cinta kepada Maha Pencipta kita. Segala apa yang berlaku kita akan merujuk CINTA kita! Yakni, CInta Yang Teragung! Oleh sebab itu, ramai antara mereka yang bercinta kecundang di tengah jalan kerana mereka tidak mengenal CINTA AGUNG terlebih dahulu sebelum mengenal cinta hati. Sesuai dengan hadith :
"Barangsiapa mengutamakan kecintaan Allah atas kecintaan manusia maka Allah akan melindunginya dari beban gangguan manusia. (HR. Adailami)" Mereka yang mahu cinta sejati, sentiasa mendoakan agar mendapat cinta yang cintakan Allah SWT, agar hubungan cinta mereka terpelihara sehingga ke hari akhirat. InshaAllah...
"Paling kuat tali hubungan keimanan ialah cinta karena Allah dan benci karena Allah. (HR. Athabrani)".
Cinta Itu Buta!
"Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli." (HR. Abu Dawud dan Ahmad)
Benar frasa yang dinyatakan di atas. Cinta Itu Buta Walaupun Cinta Itu DIKATAKAN Indah. Atas dasar apa seseorang itu bercinta? Mahu suka-suka? kerana cintakan kecantikan, kejelitaan, kelembutan, ke'handsome'an seseorang? Trend remaja sekarang yang bercinta sejak di bangku sekolah lagi? MashaAllah... Cinta itu tak akan ke mana jika tiada niat yang betul. Oleh sebab itu, ramai yang sudah hilang dara sejak sekolah kerana CINTA DURJANA! Sejurus itu, melahirkan anak-anak yang tidak berdosa, dibiarkan mati,dibunuh, dibuang di merata-rata tempat. Manusiakah perlakuan sebegini? Sedangkan haiwan amat menyayangi anak mereka. Subhanallah...nauzubillahiminzalik! Cinta menjadikan seseorang yang baik menjadi jahat dan juga seorang yang dulunya nakal/jahat menjadi baik. Pernyataan kedua saya, saya amat suka. Cinta ke arah kebaikan!
Cinta Sejati~
Saya juga mahu bercinta! Itu naluri yang disisipkan dalam setiap diri manusia. Perasaan! Ingin disayangi dan menyayangi. Apabila kita sampai pada satu tahap umur kita, kita akan terfikir siapa akan menjadi teman hidup kita selepas ini, bila kita akan berkahwin, macam mana perkahwinan aku selepas ni, macam mana aku nak bahagiakan semua ahli keluargaku dan ahli keluarga sebelah suamiku dan lain-lain lagi. Saya juga sentiasa terfikirkan perkara ini apabila dah capai umur 22 tahun ni. Tapi apa yang boleh saya buat? Hanya SABAR yang dapat menenangkan hati dan minda.
Pernah suatu ketika, ada abang angkat saya bertanya:
"Dah ada calon ke una? bila nak langsungnye?", dia bertanya.
"Owh...tak ada lagila abg A, malas dah nak mencari!," ujarku tegas ketika itu. "Kenapa pulak, kita kena usaha mencari, baru ada yang datang mintak nanti", ujarnya lagi.Saya hanya tergelak, fikiran sudah berputar memikirkan peristiwa lalu. "Sudahlah, aku dah penat dengan semua ni!" tegas hati kecilku.
Jangan Bilang Cinta~
Macam tajuk sinetron Indonesia pula kan? Benci Bilang Cinta! Tapi saya mahu tulis JANGAN bilang cinta! Erm...belum matang tapi sudah mahu bercinta. Salah atau tidak bercinta? Itu yang selalu difikirkan dan dipertimbangkan oleh remaja sekarang, bagi mereka yang mempunyai pegetahuan yang sedikit mendalam tentang hubungan cinta. Saya sarankan rujuklah buku garapan Ustaz Pahrol JUoi yakni TENTANG CINTA. Saya pun peroleh buku itu daripada seorang sahabat yang dengan baik hatinya mahu berkongsi ilmu yang ditakluknya bersama sahabat-sahabat laen. Moga usahamu dirahmati~ Syukranjazilan. Katanya,Moga bermanfaat dan Selamat Beramal~
Saya juga tidak terlepas daripada ingin merasai diri disayangi dan menyayangi. Rasa itu seringkali bertandang apabila usia dah masuk 22tahun nie. Jika dibandingkan dengan rakan-rakan saya yang lain, semuanya sudah mempunyai pacar atau teman lelaki atau tunang. Namun, saya tepis kemahuan itu kerana saya takut terjerumus dalam hubungan cinta tanpa redhaNya. Apa yang saya pinta bukanlah seorang 'gewe/pakwe' tetapi seorang lelaki yang boleh bersama saya sehingga saya ke akhir hayat dan kekal di sana, yang dapat membahagiakan saya serta keluarga kami dan keluarga baru yang akan wujud, bersama di kala susah dan senang dan sama-sama beribadah kepadaNya. Bukan banyak pun yang saya minta, dan saya tidak pernah meminta seorang jejaka yang sempurna, cukuplah sekadar dia mampu memabahagiakan kami di dunia dan akhirat.
Rasa pedih, perit, sakit, serik... semuanya sudah saya rasai. Namun begitu, alhamdulillah, saya masih mampu merawat hati saya. Berulang kali disakiti walaupun bukan oleh orang yang bergelar sebagai gewe/pakwe kepada saya. Saya tidak mahu ada 'title' itu pada diri saya. Itu namanya KECEWA dan apa ubat untuk merawatnya? Semuanya terpulang kepada kita. Saya sentiasa memohon kepada ALlah SWT agar diri masih diberi kekuatan dan semangat. Cuba ayat ini : InshaAllah...
Alhamdulillahirabbil'alamin...syukur.
Inilah Cinta~
Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata
Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta
Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia
Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta
Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia
Inilah cintaku
Inilah sayangku
Inilah cinta
Hati kini tertarik lagi kepada cinta. Aku mahu meraih CINTA HAKIKI aku dahulu. Tolonglah hamba ya Allah...Ada sahabat mengatakan kita sentiasa bercinta dan akan terus bercinta (rujuknya adalah ALLAH), tetapi adakah di hatinya tidak mempunyai rasa untuk bercinta dengan manusia, seorang lelaki yang bergelar sebagai suami? Jika berkata SABAR! ya.. BERSABARLAH, tapi dalam kesabaran perlu ada usaha. Dalam usaha, jika terhantuk jangan terngadah! Saya juga sudah berusaha untuk mendapat cinta diri saya, tapi ia juga tidak berhasil. Kini, saya serahkan segala-galanya kepadaMu Ilahi Robbi~
Oh! Bahagia yang dirasa apabila memiliki cinta di hati. Tetapi, sebelum mencintai orang lain, kita perlu mencintai diri kita sendiri, mencintai keluarga, sahabat2, guru-guru, para rasul dan nabi serta yang paling UTAMA, ALLAHhu Robbi~ Inilah cinta! Ya Ilahi, aku mohon kepadaMu agar doaku diperkenanMu...Ameen Ya Rabbal'Alamin.
Rabu, 15 Disember 2010
Getaran Jiwa~
Dicatat oleh annurkhoirun pada 12/15/2010 12:57:00 PG
Label: Ceritera Cinta, Du'a
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)











0 ulasan:
Catat Ulasan