
Assalamualaikum dan slm sjhtera buat sume..
Sekarang ini adalah musim peperiksaan bagi mahasiswa di seluruh institusi pengajian dan saya juga tidak terlepas kerana saya juga bergelar mahasiswa. Esok, 4/5/10, saya ada satu kertas pada sebelah petang, Laras Bahasa Melayu. Ya Rahman, mudah-mudahan saya dapat menjawab dengan baik, Sebelum ini, prof. selalu cakap setiap tahun pasti ada pelajar yang keluar dari dewan peperiksaan dan peluk tiang...apakah tandanya tu? hahahah..tu tandanya tak boleh jawab. Selalu sahaja prof. berceloteh pasal reaksi pelajar-pelajar yang ambil kursusnya sepanjang musim peperiksaan. Ada yang tak cukup pen, pen kering dakwat sebab pendingin hawa terlalu sejuk, dan bermacam ragam lagi. Kita yang mendengar ni rasa gerun jugak apabila prof. asyik ulang tentang pelajar-pelajarnya yang peluk tiang tu. issshhh...minta jauh...harap-harap boleh jawab.
Okayla...Selamat Menjawab Semua...Wish u all da best...Jangan lupa mohon kepadaNya, Solat sunat hajat dua rakaat sebelum ke dewan peperiksaan dan berdoa sebelum menjawab.. =)
Isnin, 3 Mei 2010
Selamat Menjalani Peperiksaan
Dicatat oleh annurkhoirun pada 5/03/2010 05:52:00 PTG
Label: peperiksaan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)











0 ulasan:
Catat Ulasan